Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Saturday, April 28, 2012

tak ada header blog ?! ( tolong wani )

sabtu , 28 / 04 / 2012
بسم الله الرحمن الرحيم


Cbe korang tengk blog wani , ta ad header kan ? Huu , wani tak tahu la nak buat , bukan tak reti buat header or letak header tu . Wani reti , centerkan header pun wani tahu ,. Masalahnya ??

Bila wani letak header msti ada macam lutsinar disebalik header tu , macm nie :-


jelas tak kelutsinaran ye ? hehe , klau ta , cbe tengok yg nie plak :-


Harap2 dengan gambar yg ta seberpe nie , daptlah korang bantu wani ek ? ta baik kedekut ilmu :D , bukan ta nak gi komen toturial header nie , takut nty ta dilayan , hehe , dan wani banyak nak jelaskan , bek wani buat entry je at blog nie . Agi senang ta ??

Wani pelik mcm mne bley jadi cm tu ek ? Mesti wani ad salh tekan at edit HTML kan ? ker ? ye jela , huhu . Sebb tu la wani ta nak letak header ok ? agipun , ta lawa la header teme .

Okey la , tu je . Harap adla bgthu :)



Friday, April 27, 2012

toturial 1 : flash blockquote

jumaat , 26/ 04 / 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Nie toturial wani yang pertama , huu . Sebenarye macam ta reti nak buat , tapi klau nak mencuba tak salah kan ?? Wani cuba nak buat blockquote . Blockquote tu macm nie :-
hari ini , ada jamuan doram . Jadi bawalah apa yang korang nak bawa 
hah ! macm tu la . Itu jenis flash punya . Cara buat nya :- ( macm nak bg resepi plak )


01 ) Dashboard > Design > Edit HTML > tick expand widget templates  * lama
       Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed ( jika ada ) > kne tick * baru


02 ) Cari code ini ( ctrl + F ) * serentak 
      .post blockquote }
03 ) Dah jumpe ? klau dah jumpe korang paste code nie , bawah code yang korang 
      jumpe tadi , tpi sebelum tu padam blockquate yang pernh korang pkai dulu .
background:url(URL background 1); padding:5px;
Border:2px solid #00000;
colour:#FFFFFF}
blockquote:hover {
background: url(URL background 1) repeat right bottom ;
border:2px solid #000000;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
}

04 ) korang bley tulisan berwarna itu dengn kesukaan korang .
     URL background 1& 2 = background yang korang nak ( sini atau google )
     solid ( ___ )= bley tukar dashed (---) dan dotted (....)
     #000000 = ambik code warna disini .


05 ) korang boley preview dahulu , klau ta ad error , bley save :))


jadi komen , klau tak jadi rujuk balik ( waa ! macm orng dah pkar plak , :D )

Saturday, April 21, 2012

jika rindu seseorang

sabtu , 2.00 pagi

! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم




Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:
“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..


Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.”

tip mengawal marah

sabtu , 1.40 pagi

! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم


1.  Mengubah posisi kedudukan

Mengubah posisi kedudukan pada waktu marah mampu mengurangkan sikap reaktif pada perasaan marah. Sekiranya sedang berdiri, maka duduk. Sekiranya sedang duduk, maka baring. Ia sedikit sebanyak mampu mengalih perhatian dari rasa marah.

2.  Baiki cara pernafasan

Dengan membaiki cara pernafasan, degupan jantung yang laju akan menjadi perlahan. Darah merah yang membuak-buak dapat dinyamankan. Oksigen di dalam kepala juga dapat dipenuhkan dan diri menjadi tenang sedikit sebanyak.

3.  Mengambil wuduk

Mengambil wuduk mampu meredakan kemarahan. Kemarahan itu berasal dari syaitan dan syaitan itu berasal dari api. Oleh itu, api mampu dipadamkan dengan air yang dituntut oleh Allah iaitu air sembahyang.

4.  Solat sunat

Apabila kemarahan berada di kemuncak, maka hamburkan ia dengan bersolat. Sesungguhnya tiada jalan terbaik selain dari mengadu kepada sang pencipta. Dengan meletakkan kepala di atas tikar sejadah, hati yang membengkak mampu bertukar menjadi aman dan damai.

Friday, April 20, 2012

melakar cinta Allah melalui sahabat :)


jumaat , 12.24pagi

! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم



"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.

Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.

"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.

Tidak Cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat
Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..



Thursday, April 12, 2012

masuk hospital

khamis , 2.45pagi
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم

masuk hospital ? Huu , cpe yang masuk hospital , kawan wani ker ? ta . keluarga wani ? Ermm , mungkin . Sedara wani ? ta . Habis siapa ? nak tahu ? penasaran ker ? <--- cakp indon jp :)

Adik wani , adik bawah wani , yang masuk hospital . Kiteorang baru hantar dia tadi , lepas isyak dekat hospital pusrawi . Wani kurang pasti dia sakit apa ? tapi yang wani dengar2 la , sakit diabetes , eh ! bukan , sakit appendix <-- kurg psti ejaan ye :D . Dahla tahun nie , dia ada periksa besar sebelum SPM , iaitu PMR . 

Wani dengar cerita , sakit nie kne operation ek ?? Sebab masa wani sek dulu selama 5tahun , ada 2 orang yang sakit nie , seorang kawan wani , yg sorang lagi kakk senior . Deme kena bedah . Mgkin adik wani kne kut . 

Sesiapa yang terbaca entry nie , doa2kn la adik wani cepat sembuh dan andai kena operation mudah mudhan selamat , wani ta nak kehilngan adik wani tu ,. Walaupun dekat rumah dan sekolah kami ada kelakuan yang kritis , hehe . Tapi kami tetap adik beradik :D . 
wani sayang dia ( izzati )

Sampai bila dia duduk hospital tu , ta dikethui plak . Sebb doktor ta bagithu apa2 pun . Sesiapa nak datang melawat bley la . Wani jempt dan dialu2 kan . 

Sekian sahaja cerita untuk hari ini , dah gantuk maa . Nanti pagi atau petang nak gi melawat dia .



Wednesday, April 11, 2012

bawa kereta

Rabu , 2.31 petang
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم

hari ini , hari pertabalan agung ker ?? haha , yela kan , semua orang cuti , tapi yang ta dapat cuti , tak mengapa , niat lah melakukan kerja itu kerana Allah bukn kerana duit atau segalanya . Memg duit itu penting untuk kehidupan seharian kite , tpi sabda nabi SAW .


إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim .

Haha , macam dah lari tajuk pulak . Okey sebenarye wani nak story tentang praktikal amali 3jam sebelum ambik lesen kete . Wani dah pegg kereta tahu ., eee , ase takut sangat dn kekok sangat . Bawa kereta kncil je . Ermm , mule2 bawa pegg stereng kreta ase macam debar semacm jer sebb takut jadi pape , bukn excited atau pape , tapi takut . 

Baru wani tahu , yang wani seorang yang suke tekan minyak , klau tekan minyak , jadi macam bawa lajula kan , sampai orang tu tegur wani " slow , slow " . Haha , malu seyh ! at least sekrang wani dah tahu cara nak bawa kereta manual yang sebenarye , wlaupun macam payah sikit . 

Yang susah nye , bagi wani , nak kawal tayar kererta ( stereng ) , gear dan masa traffic jam . Wani suke naik bukit sebb dapat tekan minyk banyk , klau ikut jalan tar bse tekan minyk sikit ja .. 

setakat tu je yg bley wani story :))


Sunday, April 08, 2012

toturial 2 : cara tukar background

sabtu , 07 / 04 / 2012

Okey , hari ini ., wani boring sangat tak tahu nak buat apa ? Jadi wani ambik keputusan untuk buat satu toturial tentang cara tukar background . Nie first toturial dari wani :)) Wani buat sebab ada seorang kawan wani ( fatin ) minta tolong ajar kan . Sesiapa terjumpa toturial ini , nak ikut pun boley  keyh ??

ikut step dalam gambar ini , agar mudah untuk korang ikut .

  • templat --> customise

( klik untuk pembesaran )

  • kemudian , pergi dekat background . Remove imej yang tersedia ada didalam kotak tu , lepas tu , klik anak panah putih sebelah knan kotak itu .

( klik untuk pembesaran )



  • Lepas tu , korang akan nampak gambar yang sedemikian 
( klik untuk pembesaran )

hah , dekat situlah korang boleh pilih background mana yang korang suka . Korang boleh pilih di google atau tempat2 yang ada background . Nak senang , korang hanye download background itu .

Last sekali , apply to blog , yang ada dekat atas sekali dalam kotak oren tu . Done !! korang boley ceriakan blog korang dengan wajah yang baru :))



selamat mencuba . 

jadi atau tak jadi , rajin kan lah tangan untuk komen ;D



semua gambar dalam entry nie , wani ambik di google sahaja 




Saturday, April 07, 2012

MrAllTheShared

sabtu , 2.59 petang

^_^  Assalamualaikum  ^_^


Wani nak cite tentang 1 kump remaja yang banyak menghasilkan klip video tentang islam . Mereka , wani kenal dari seorang kawan ( syafiqah supian ) pada tahun ini . IeQa kenal mereka dari youtube , hah ! mereka ini , famous dari youtube ., sebab seperti yang wani cakap banyak menghasilkan klip video tentang islam . Kump mereka diberi nama , mralltheshared . Knp nama tu ? wani tak tahu , korang kne tanya mereka sendiri . Dari youtube , ataupun facebook .

Wani suke tengok video mereka :) banyak pengajaran yang berguna yang boleh kite lakukan . Antara salah satu ye :-



Haha , ini yang kuar , jadi , wani ambik jela yang ini :) Video ini pun , best jugk . Tpi nie part 2 , part 1 yang ini ., 

Mereka , ada perkenalkan diri mereka . Di video yang ini :-


Okey la , tu jer . Taip bnyak2 , tak boleh jugk . takut salah :) 
Tengok apa yang disampaikan oleh mereka dan mengambil pengajaranye , jangan tengok orang yang menyampaikan ye . Okey , enjoy the video .
Have a fun :))
Maaf , kekurangan salah dan silap  .





Friday, April 06, 2012

PLKN

jumaat , 6.06 petang

^_^  Assalamualaikum  ^_^

Desat , desut di facebook , membuat kan wani nak tulis entry tentang PLKN plak . Maklumlah , rmai kawan wani yang dapat PLKN . Wani ta dapat , hehe . Sekolah wani , klau ta silap , sermai 11 orang yang dapat PLKN , dan baru2 ini , sudah 2 orang yang pergi . Sekrang untuk pngilan yang ke 2 , rmai plak kawan wani yang pergi ., antaranya , saidatulzubaidah , ain zulaikha . haha , 3 orang jer yang wani ketahui . Yang lain nanti kut . :D

Tempat PLKN kekadang menjadi punca kawan wani macam tak nak pergi sebab deme dapat jauh2 . Antaranya , pahang dan sarawak <--- naik kapal terbg tuu ! , uhuhu . Wani nak tahu cara perpakaian dekat sana , bley ke pakai tudung labuh ?? Pakai purdah ?? Apa yang patut dilakukan apabila kena bersalam dengan ???? . Yang wani tahu , korang bley gne sarung tangan .

sarung tangan

Pergi PLKN nie , orang kata , menyeronok kan , banyak pengalaman . Lagi pun , ia untuk mendisplinkan dirikan dalam kehidupan . Itu apa yang wani tahu dan wani dengar .

Kepada kawan wani yang akan pergi ke PLKN , wani ucapan kan :-
Wani doakan kehidupan korang yang ditempat orang , perjalanan korang , balik dan pergi . Jangan lupakan Allah :) , dan sentiasa ingat wani :) huhu
Itu sahaja yang wani mampu , klau terfikir lagi , nanti wani edit :D



Thursday, April 05, 2012

blog baru

khamis , 1.36 pagi

^_^  Assalamualaikum  ^_^


Okey , wani bukan baru dalam dunia blogger nie , dalam lama , cuma wani belum aktif sepenuhnya . Sebab kekadang sibuk , dan kekadang tak tahu nak tulis apa , sebelum nie , wani ada blog jugk . Nie link ye .. 
Hahaha , tapi sayang ! sebb wani dah lupa pasword bagi emel blog tu . Penat wani karang dan reka blog tu ,. Nampak macm simple , sebab wani memang seorang yang simple , seprti kata , k.amalina yaakub
wanie zunidan = seorang yang simple :)

yah !! that right . Wani memang simple dan masih baru , jadi wani tak tahu macam mana nak mengumpul pengikut yang ramai , entry yang seronok dibaca , cara penyampai yang macm mana . Wani jugk teringin nak buat toturial bg mengajar orang seperti wani yang tak tahu berblog lagi . Tapi tu la , wani masih baru , dan perlu lah makan garam lebih dahulu , hehehe :D

Wani jugak ada kawan yang baru dalam dunia blog nie , seprti saidatul , idham , fatin , dan adik2 junior di sekolah wani dahulu . Waa ! sekarang kan zaman ICT , so ia mudah tersebar dengan itu .

Ermm , wani nak minta tolong bley ? huhu , kne jawab bley ek ? okey , klau bley , tolg follow blog wani nie , hehehe , 
jasamu akan dikenang :))