Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Monday, January 21, 2013

Segmen : Selamat Ulangtahun Kelahiran

Isnin , 21 / 01 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

klik banner untuk join :)

Nama Penuh : Nur Syazwani Binti Zunidan

Tarikh Lahir : 22 / 08 / 1994


Jom join segmen nie ramai-ii , lagi ramai , lagi meriah ><


Friday, January 18, 2013

Tanda-II Kematian

Jumaat , 18 / 01 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pada saat-ii datangnya ajal kematian kepada kita , Allah ada memberi petunjuk bahawasanya ajal kita hampir tiba , tapi hanya orang-ii tertentu saja dapat merasainya , InShaaAllah .

Tanda hari ke 100 sebelum kematian :
Di waktu asar , kita akan rasa seluruh badan kita akan mengigil atau bergegar .

Tanda hari ke 40 sebelum kematian :
Selepas waktu asar , kita akan rasa jantung berdenyut-ii dan pusat rasa bergerak-ii . Pada hari ke 40 inilah , nama kita di luh mahfuz akan gugur . Malaikat ambik nama kita tu dan mengikut kita sepanjang hari sebelum menjelang kematian .

Tanda hari ke 7 sebelum kematian :
Selalunya orang yang sakit tidak akan ada selera untuk makan tapi dengan sakit ini tiba-ii mahu minta makan itu dan makan ini ( banyak makan )

Tanda hari ke 5 sebelum menjelang kematian :
Anak lidah bergerak-gerak .

Tanda hari ke 3 sebelum hampir menjelang kematian :
Terasa denyutan dahi ditengah-ii , jika kita rasa tanda ini , maka berpuasalah kita agar perut kita tak banyak najis dan memudahkan orang menguruskan jenazah kita nanti .

Tanda hari ke 1 sebelum hampirnya ajal kematian :
Terasa ubun-ii kita bergerak diantara waktu subuh dan asar . Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk dibahagian pusat hingga ke tulang belakang . Pada saat ini , janganlah banyak bercakap , dan banyak-ii kan lah mengucap 2 kalimah syahadah .


Agar kita adalah orang yang dipilih oleh Allah yang merasai kematian , dan mati dalam keadaan khusnul khotimah ( kesudahan yang baik ) . 



Yeah !! Nak balik .

Jumaat , 18 / 01 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani .

Salam jumaat semua . Hari ini adalah hari yang mulia dan penghulu segala hari . Jom kita sama-ii melakukan amalan yang mendatangkan faedah dan pahala :) 

Hari jumaat adalah hari semua pelajar yang duduk asrama akan pulang ke rumah , tidak ketinggalan jugak wani , walaupun dah belajar di  kolej , tetapi masih duduk didalam asrama . 

Wani akan balik hari ini dan ayah yang akan ambik wani pulang , rancangnya nak naik train tapi ada sebab-ii tertentu yang menyebabkan wani tak boleh naik train . Tapi wani bersyukur sebab ayah datang ambik , bukan senang ayah nak datang kuala kangsar nie :D

Wani akan cuti dri 18hb sampai 28hb , lepas cuti ada midterm , aduhh ! wajib study nie dekat rumah , hahaha ( yela sangat ) . Kalau duduk rumah , kemungkinan besar buku pun takkan bukak , hahaha . Sape setuju , angkat kening ! hahaha .

Kepada siapa yang bercuti macam wani , wani ucapkan selamat bercuti :)


Thursday, January 17, 2013

Segmen TopUp by Blogger Emas Putih

Khamis , 17 / 01 / 2013
! Assalamualaikum !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Jom join sama-ii :)


Segmen TopUp by Blogger Emas Putih


#kalauadarezeki,InShaaAllahdapatla:D



Monday, January 14, 2013

Cerita Warkah Cinta

Isnin , 14 / 01 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم

Seronok sangat tengok cerita ini , adakala cerita ini menyayat sanubari hatiku , wakaka . Seronok kalau dapat merasai bagaimana cinta wardah terhadap amir mukhlis dan begitu jugak cinta amir mukhlis . Cerita ini di adaptasikan dari novel Warkah Cinta Berbau Syurga . Korang dah tengok ? Huu ! msti lah dah kan ? Di tv hijrah , tapi dah tamat dah . Wani ini pun baru tengok sebab ada kawan-ii yang rajin download .

( Selama-iinya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan )

Lagu tema ( ost ) nyanyian dari kumpuln nasyid UNIC feat Imam Muda Nazrul

Sebuah jiwa terbentang seluas sahara ,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa ,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Jadi warkah cinta berbau syurga

Sempadan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa ,
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota Cinta dari Syurga

Chorus :
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini .

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu ,
Bila saat ku pergi , biarlah cintaku tetap disitu

selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan

#Ulang chorus

Cintaku ini ....






Saturday, January 12, 2013

Saya Nak Doodle Dari Zakie11


Sabtu , 12 / 01 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم

Wani nak join segmen nie :-

klik banner untuk join :)

Nama : WanieSyazwani
Warna : #F4FA58

TAG :


Friday, January 11, 2013

Jom menabung ^^

Jumaat , 11 / 01 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم

Salam jumaat . Dah lama wani tak update blog ini , tdi bukak bnyak binatang peliharaan kuar dari tempat menyorok , hehehe . Blog dah lama ditinggalkan , sawang dan habuk pun muncul la :D . 

Wani ucapkan bebanyak terima kasih kepada sesiapa yang follow , komen dan meninggalkn jejak anda di shoutbox . Wani akan jejak korang balik :)

Wani nak ajak korang mengamalkan sesuatu amalan yang baik , iaitu menabung . Dulu masa sek rendah wani suka menabung , tapi pada masa yang sama suka membazir , hehehe . Membazir bukanlah beli benda-ii yang mengarut , membazir wani dulu beli gula-ii ( biaselah budak-ii ) , alat tulis ( asyik hilang je , pemadam dikerat dua dengn kawan :D ) , belanja kawan ( alolo~~ , pemurah ye )  .

Dan sekarang , wani dah masuk kolej , banyak menggunakan duit , jadi wani dan kawan-ii pun cadang ingin mengamalkan semula amalan menabung .

TADAAA !!!
|
|
|
|
V

Lihatlah tabung kitaorang , comelkan ??



Jadi , jom kita amalkan amalan menabung ! Kepada adik-ii yang masih bersekolah , akak galakkan dan menyeru agar korang sume menabung , nanti klau korang tak ada duit , bleylah laburkan duit yang korang kumpul tu dan kekadang korang gi sek , tak yah minta duit dekat mak ayah , pakai duit korang sendiri , berdikari . Dan dari sinilah kita boleh tahu betapa susah dan payahnya ibu ayah cari duit untuk kehidupan anak-ii nya , termasuk ibu ayah wani .

#RinduIbuAyah , tunggu kakak balik ye 18hb nie :))



Friday, January 04, 2013

Hati tiba-ii suka ^^

Jumaat , 04 / 01 / 13
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah , hari ini Allah masih memberi wani dan sahabat-ii untuk bernafas dan melakukan amal kebaikan di atas muka bumi ini . Memandangkan hari ini adalah hari yang mulia diantara hari-ii yang lain , marilah kita sama-ii berzikir dan melakukan perkara yang berfaedah lagi bermanfaat . JOM-II :)

Suka sangat dengan bear nie ( hanya patung ) ^^ . 

Bearyat ^_^

Terima kasih sebab bagi wani bear nie , suka sangat-ii ^^ . Sape bagi ?? Haha , rahsia .




Wednesday, January 02, 2013

Wordless Wednesday #04

Rabu , 02 / 01 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم