Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Sunday, March 31, 2013

Segmen Lagu Favorite Aku

Ahad , 31 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Wani dijemput oleh kak farah untuk join segmen nie . Terima kasih kak farah sebab invite wani (:


- klik banner untuk join -

Lagu pilihan = Dealova ( once )

Tag : Iema , Kyrah , Farah


Segmen Blogger Muslimah

Ahad , 31 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

- klik banner untuk join -

Baju dan Tudung = Warna kuning
Nickname = WanieSyazwani

Tengahari Ahad

Ahad , 31 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Bosan hari minggu nie . Malam nie baru nak study , esok paper bahasa arab I . 0oh , izyana aisyah . Terima kasih tisu di atas (: 



Ku Ukir Namamu - 7Pelangi

Ahad , 31 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Lagu nie wani baru dengar semalam tapi dah lama ada dalam folder . Wani rasa lagu nie solehh yang letak . Tak tahu lagu apa mula-ii , tu tak terdetik nak dengar , semalam izyana bukak lagi nie . Tiba-ii rasa macam ada aura-ii minat lagu ini . Lagu ini dwibahasa , ada english dan melayu . Wani suka selidik lirik-ii lagu sebelum minat sesebuah lagu tu . Zaman sekolah dulu , saidatul yang akan jadi tukang menerang lagu kepada wani sebab wani suruh , HEHE . Sekarang ?? Ermm , kena dengar dan cari maksud lagu tu sendiri , sobsobsob ..

Ku Ukir Namamu - 7 Pelangi

Even let you go , Something had a lot
Forever will we go , The love is never shine

It's so hard to say , Since you far a way
Nothing got to do , The love is only end
To the end of time , I'll be missing you

Cinta kemana , akan ku cari
Rasa cinta yang pernah ku miliki
Janji setia , Sehidup semati 
Dan hanya waktu yang , Yang memisahkan kita
Namun semua , Telah berakhir untukku

Harus ku akui , Sampai detik ini
Tak akan ku lupa , Kisah cinta kita
Abadi untukku , Kan ku ukir indah

Even let you go , Something had a lot
Forever will we go , The love is never shine

It's so hard to say , Since you far a way
Nothing got to do , The love is only end
To the end of time , I'll be missing you

* Harus ku akui , Sampai detik ini
Tak akan ku lupa , Kisah cinta kita
Abadi untukku , Kan ku ukir indah namamu
 ( Ulang * 3X )

Abadi untukku
kan ku ukir indah namamu



Juara Fear Factor Milik Hairul dan Dazrin

Ahad , 31 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Tengok ! Post atas jam 12malam lagi . Waktu sekarang ialah dua jam enam minit , HAHA . Dah berupa macam jam bercakap dekat telefon nokia .


Alhamdulillah , tak sangka my hero captain hairul menang dalam gameshow Fear Factor *solehh, janganjeless:D* . Sape tak kenal My hero hairul NIE , angkat tangan ! HAHA . Okey-ii , beliau seorang pelakon , dia pernah berlakon dalam cerita SetiaHujungNyawa sebagai Ikram . Ingat tak , ingat tak ?? Ingat bgus . Yang dazrin nie pulak , dia pernah berlakon dalam cerita AdamHawa sebagai Johan . Johan yang nak sangat dekat Ain tu .

Setelah 12 minggu mengharungi pelbagai cabaran dan berkampung di Capetown . Pasangan ini telah berjaya menjadi juara dalam gameshow Fear Factor Selebriti musim pertama . Dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 200,000.00 . Banyakkan ?? Huu ! cukup untuk bayar yuran sampai sem 6 , HEHE .

Pasangan ini ingin menggunakan duit itu kearah kebaikan , InShaaAllah . Hairul nak bawa ibuayahnya ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah , manakala dazrin pula berhajat memberi sumbangan kepada rumah anak-ii yatim . Semoga duit itu dibawa ke arah kebaikan .

|| Nota Pintu ||: Wani tak tengok pun episod last fear factor nie , dekat kolej kan . Tapi wani layan jugak gameshow nie kalau balik rumah . Disebabkan pemenangnya Hairul . Wani post entry pasal pemenang Fear Factor ini . 


Saturday, March 30, 2013

Tazkirah Maghrib : Adab-Adab Berbicara

Sabtu , 30 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Nie tazkirah maghrib 1 , wani ingat lepas nie dan seterusnya , InShaaAllah , sebelum maghrib wani nak post 1 tazkirah maghrib . Buat santapan rohani , HEHE .

Wani nak share dengan korang adab-ii berbicara / bercakap . Orang sekarang , suka bercakap ikut sedap mulut saja tanpa memikirkan hati orang lain . Kadang-ii terpacul kata-ii atau perkataan-ii yang tidak baik . Baiklah , dalam islam ada adab-ii berbicara antaranya :-

01 ) Seorang muslim harus berhati-ii agar bercakap hanya pada perkara-ii yang bermanfaat dan menahan diri dalam apa juga keadaan daripada bercakap dengan perkara-ii yang haram . Berdasarkan firman Allah taala dalam Surah Al-Mukminum : 3
" Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia "

02 ) Tidak banyak berbicara walaupun pada perkara harus , kerana boleh jadi yang harus itu akan membawa kepada yang haram atau makruh . Imam tarmizi meriwayatkan daripda Ibnu Umar daripada Rasulullah S.A.W . 
Baginda bersabda :
" janganlah kamu sekalian banyak berbicara pada yang bukan zikruallah Taala , kerana banyak berbicara pada yang bukan zikruallah taala akan membawa kepada keras hati dan orang yang paling jauh daripada Allah S.W.T adalah orang yang hatinya keras "

Saidina Umar R.A berkata :
" Sesiapa yang banyak percakapannya , maka banyaklah salahnya . Orang yang banyak salahnya , maka banyaklah dosanya . Orang yang bnyak dosanya , maka neraka adalah lebih layak baginya "

03 ) Wajib bercakap ketika ada keperluan , khususnya untuk menjelaskan kebenaran melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar .


Sumber : Matan arbain ( Hadith Tematik ) , Imam nawawi .


Pukul 3.00 pagi

Sabtu , 30 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Selak-ii helaian buku , rupa-ii nya dah pukul 3.00 pagi . Serius ! tak sedar pun dah pkul 3.00 pgi . Terakhir tengok jam pukul 1 +++ pagi . 

Mengantuk sangat , tapi gagahkan diri dan mata untuk baca buku . Hari nie exam pagi , kalau petang , ada masa lagi nak baca buku . Nie pagi ? Sempat-ii baca pun lepas subuh . Hari nie kawan-ii wani semua ada exam pagi , sepanjang exam bermula , wani dengan kyrah je yang exam yang lain mula lambat . Tapi hari nie , pagi-ii bilik dah kosong , pergi exam .

Wani , kyrah , syafiQah subjek pengantar UsulFiqh . Untuk amalina , wahida , izyana dengan insyirah subjek tasawwuf akhlak . Tak lupa dekat solehh wani , HAHA , sekali dengan kos syariah dengan kaunseling .

Terakhir sekali , jalan terakhir tawakal  sebab wani dengan kawan-ii dah berusaha , siap gilir-ii masa untuk tidur , bangun kejut bangun kejut , HEHE .

Allahumma yassir wala tu'assir :)


Friday, March 29, 2013

Zikir dan Amalan Hari Jumaat

Jumaat , 29 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Jumaat dan Selamat pagi ^^

Hari jumaat adalah penghulu segala hari , hari yang banyak diberi pahala jika melakukan sesuatu lillahi ta'alaa . Hari jumaat juga dikenali sebagai " sayyidul ayyam " kerana pada hari ini kaum adam diseru untuk melakukan solat jumaat sebagai ganti solat zohor , *Ah!solehh,pergiSolatJumaat* . Dalam firman Allah ( Surah Al-Juma'ah : 9 )
" Wahai orang-orang yang beriman , apabila kamu diseru untuk melaksanakan solat pada hari jumaat  , maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkanlah jualbeli dam itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui "

Antara amalan-ii yang baik dilakukan pada hari jumaat adalah :-
- Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah .
- Membaca Surah Al-Kahfi
- Memakai pakaian sunnah ( Jubah , Serban , Kopiah )
- Hadir awal ke masjid 
- Memotong kuku , kiri kanan , tangan dan kaki .
- Membaca Al-Quran
- Memperbanyakkan amalan sunnah .
- Memperbanyakkan Zikruallah .
" : ( yaitu ) orang-oramg yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah , dengan hanya mengingati Allah , hati menjadi tenteram "
( Surah Ar-Ra'd : 28 )
- Banyakkan berdoa pada hari Jumaat .

Rasulullah bersabda 
“ Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa ta'ala itu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah , pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat ”.
( HadisRiwayatIbnuMajah )

Zikir pada hari Jumaat :-


يا الله
Baca sebanyak 1000kali .




Thursday, March 28, 2013

1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci

Khamis , 28 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

klik banner untuk join :)


Tarikh Mula : 25hb March 2013
Tarikh Tamat : 29hb March 2013 *eh!esoklah*
Masa Tamat : 11.00 malam 


Errr , krek krek krek .. Wani tak pandai nak godek orang la , haha .





Segmen : Saya Nak Di Bloglisted oleh Cik Misya!

Khamis , 28 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

klik banner untuk join :)



Mereka kata

Rabu , 27 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Mereka kata , kita ini pelajar Sekolah Agama
Tapi kita ? Semakin malu untuk mengakui hakikat itu .

Mereka kata , kita ini menjaga solat ,
Tapi kita ? Kalau boleh ingin melakukan dihujung waktu solat .

Mereka kata , kita ini boleh jadi imam , 
Tapi kita ? Bagi alasan untuk mengelak " Eh ! ada orang yang lagi layak " .

Mereka kata , kita ini takkan mengumpat , 
Tapi kita ? Pantang ada geng , pasti nak bergosip .

Mereka kata , kita ini calon suami / isteri yang soleh / solehah ,
Tapi kita ? Layak ke gelaran soleh / solehah itu untuk kita ?? .

Mereka kata , kita ini jadikan Al-Mathurat sebagai amalan harian ,
Tapi kita ? Al-Mathurat itu apa ek ?? .

Mereka kata , kita ini mengamalkan sunnah ,
Tapi kita ? Perkara yang wajib pun entah ke mana .

Mereka kata , kita ini menutup aurat , 
Tapi kita ? Mempersembahkan aurat sebagai kebanggaan .

Mereka kata , kita ini Qiamullail dijadikan makanan mingguan ,
Tapi kita ? Last buat pun masa dekat SMA dulu .

Mereka kata , kita ini menjaga batasan pergaulan ,
Tapi kita ? Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan .

Mereka kata , kita ini penghafaz Al-Quran ,
Tapi kita ? Surah As-Sajdah masa exam PQS tu pun entah kemana .

Mereka kata , kita ini sedap mata memandang , 
Tapi kita ? Muka pun dah hilang Nur kerana jarang ambil air wudhu .

Mereka kata , kita ini membaca Al-Quran dijadikan kelaziman ,
Tapi kita ? Agak-ii la kan , berapa kali kita baca Al-Quran dalam masa seminggu atau hanya setahun sekali ??

Mereka kata , kita ini penuh ilmu agama di dada ,
Tapi kita ? Sekarang kita bukan pelajar Segolah Agama dah , jadi tak perlu belajar agama !!

                 **************************************************************************************

Diatas ini sedikit fenomena biasa dikalangan bekas pelajar sekolah agama . Sebaik sahaja melangkah keluar dari sekolah yang dikatakan SMA , SMKA atau Maahad . Sejajar dengan itu , segala tarbiah Ustaz dan Ustazah mereka diabaikan . Alhamdulillah , kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama , tapi dalam kalangan kita jugak yang mencemarkan agama .
Tak malukah kita melihat budak bekas pelajar sekolah sains , sekolah menengah kebangsaan , malah bekas pelajar King Edward dan Methodist lebih menghayati agama dari kita yang bertittle " BudakSekolahAgama " . 0h ! terlupa pula , kita hanya bekas pelajar sekolah agama , tak perlu lagi menonjolkan ciri-ii murni Islam dalam diri . Tapi , ingatlah teman , sememangnya kita adalah bekas pelajar sekolah agama tapi kita BUKAN bekas penganut agama Islam . 

Kita masih beragama islam , Tidak berdesingkah telinga kita apabila mendengar orang kata " Alaa ,  budak sekolah agama pun buat begitu , begini dan cenggini " atau lebih menyakitkan apabila non-muslim bercakap " I tengok budak sekolah agama pun macam tu juga , patutlah Islam ini teruk " . Ya Allah , bertaubatlah kepada mereka yang telah berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini . Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat umat terdahulu dan nabi-ii terdahulu kita cemarkan dengan akhlak " BudakSekolahAgama " kita tu .

Mahu atau tidak , ingatlah kita pernah bersekolah agama , jadi sememangnya kita memegang tittle tersebut . Bukan kita sahaja , ramai lagi kawan-ii kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya tittle tersebut didalam diri mereka . Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan tarbiyah SMA , SMKA dan Maahad . Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada diri kita yang dulu ?? Jadikan tittle " BudakSekolahAgama " itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi lumpur noda ini .

Artikel ini bukanlah dipetik atau dihadirkan untuk dasar ingin mengumpat ataupun mengata . Tetapi cuma ingin memperkatakan apa yang harus dikatakan . Bukan niat untuk mengecewakan semua pelajar dikalangan SMA , SMKA dan Maahad itu tidak bagus . Mungkin perkara di atas hanyalah semata-ii kes yang minoriti bukan mejoriti . 

Sekadar peringatan untuk diri ini dan kawan-ii yang sudi untuk diperingatkan . Bukan menyuruh kita alim seperti ulama' hebat , bukan ingin mengatakan taat seperti malaikat . Tapi cukuplah kita menjadi umat yang sebenar-benarnya umat .
Andai tidak mampu untuk buat semua jangan tinggal semua , dan jangan sampai MEREKA KATA , kita adalah harapan agama , Tapi kita ? Sebenarnya Sampah Agama 

- Jujur ku katakan , wani jugak bekas pelajar sekolah agama . Alhamdulillah , wani masih mengekalkan imej pemakaian di sekolah , memlakukan aktiviti-ii dikolej apa yang pernah wani buat di sekolah dulu , seperti baca al-mulk , baca al-mathurat pagi dan petang *kekadangjalubang-lubang,hehe* dan lain-ii . Allah masih jaga wani . Terima kasih Ya Allah :)

|| Nota Hati ||: Maaf seandainya ada kata-ii diatas yang kurang menyenangkan . Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala keburukan itu datangnya dari Allah tapi disandarkan kepada diri penulis . Wani bukan penulis sebenar , hanya copy dan paste , jumpa dalam folder laptop , kawan wani yang ambik , sumbernya kurang pasti datang dari mana . Asif jiddan .





Wednesday, March 27, 2013

Giveaway review blog by aienhermionie.my

assalamualaiikum

jom ramai-ramai join
Giveaway review blog by aienhermionie.my sangat-sangat owesome..
anda mungkin berpeluang di review oleh blogger2 fames yang hot!!!nak tau siapa yang bakal review blog anda?? sila skroll ke bawah... kalau anda berminat nak join
 sila picit banner kat bawah nie laju-laju..


penganjur giveaway!!

jika anda salah seorang pemenang.. anda bakal direview oleh mereka!!

fanpage  mereka!!

hadiah!!

1x top referral untuk para sponsor!!
review blog
bookmarks
hadiah misteri

2x top referral untuk para peserta!!
review blog
bookmarks
hadiah misteri

peserta yang first n last join
review blog
bookmarks

35x peserta yang bertuah berdasarkan random.org
akan direview oleh blogger-blogger femes!!!

apa yang anda menungkan lagi.. jom join sekarang!!!!!


akan tamat pada 17/4/2013


Segmen 300 Bloggers

Rabu , 27 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



klik banner untuk join (:


Saturday, March 23, 2013

Segmen Sabtu by Pn.Qaleshya & Emas Putih

Sabtu , 23 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum

Hari ni nak buat segmen simple yang mana bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, menambah follower, meningkatkan pageview, dan lain-lain.. Caranya simple. Dijemput semua join segmen ini.




Syarat
1. Buat entry yang bertajuk Segmen Sabtu by Pn.Qaleshya & Emas Putih
2. Follow blog ini dan blog Emas Putih
3. Like fanpage ini Permata_Hati
4. Copy paste code entry di dalam di bawah ke ruangan HTML post.


Cara nak copy paste coding entry
1. Klik Html , 2. Copy paste coding 3. Tekan compose, Publish

Copypaste coding entry dicetuskan oleh Mialiana.comhttp://www.mialiana.com


5. Done? Hantarkan link anda ke ruangan komen.

Tarikh Segmen bermula 23 Mac 2013/3 Petang sehingga 24 Mac 2013/11:59 malam

Hadiah
Top up RM10 x 1Top Referral 
Top up RM5 x 5 blogger bertuah by random

Segmen Sabtu ini dicetuskan bersama oleh Puan Qalesyha dan Emas Putih

Mudah kan? Sambil bersegmen sambil peluang menang topup. Tak rugi pun join.
Siap tahu tuah anda. Di jemput join semua. Jangan lupa ping entry anda untuk merebut peluang menjadi
top referral. Semoga segmen ini mengeratkan hubungan sesama blogger.

Salam sayang dari Puan Qalesya dan Emas Putih .
Assalamualaikum :)





Friday, March 22, 2013

Asas Tilawah Al-Quran

Jumaat , 22 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pagi tadi exam asas tilawah Al-Quran . Alhamdulillah , wani rasa lega bila dah lepas ujian asas nie , InShaaAllah , harap-ii lulus . Aamiin . 

Isnin nie exam Kelas Pertolongan Cemas . Tinggal lagi 2 hari ja masa untuk study . Doakan wani ya ?? Tata , Assalamualaikum .


MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Jumaaat , 22 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Segmen nie , macam gah gitu , HAHA . Wani nak join , jom join . InShaaAllah , ada rezeki , wani salah seorang yang bertuah , jika Allah pilih wani , HEHE .

Klik banner untuk join :)

- Senarai Penaja -


: Tag :


Wednesday, March 20, 2013

|| Jika Aku Jatuh Cinta ||

Selasa , 19 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Ya Allah , 
Jika aku jatuh cinta ,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu ,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu .

Ya Muhaimin , 
Jika aku jatuh hati , 
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu ,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu cinta .

Ya rabbana , 
Jika aku jatuh hati ,
Jagalah hatiku padanya ,
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu .

Ya Rabbul Izzati ,
Jika aku rindu , 
Rindukanlah aku pada seseorang ,
Yang merindui syahid di jalan-Mu .

Ya Allah , 
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu , 
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
Bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu .

Ya Allah , 
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu ,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu .

Ya Allah ,
Jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu , 
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu .

Aamiin Ya Rabbal Alamin

|| Nota Cinta ||Carilah cinta yang sejati , Cinta yang mendapat keredhaan Allah , kerana cinta itulah yang membawa kebahagiaan yang hakiki . Semoga Allah merahmati kita . Serta meletakkan kita di bawah lembayung rahmat-Nya , InShaaAllah 


Tuesday, March 19, 2013

|| Salam Imtihan ||

Selasa , 19 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Huu ! pagi-ii terus bukak laptop . Bukan apa , mula-ii nak dengar lagu sebab lepas je solat subuh terus kemas bilik , kutip sampah-ii yang berterabur *nampaksangatbiliktakkemas,hehe* , pastu dah habis kemas-ii , kemas meja belajar . 

Hari nie cadg nak study pengajian malaysia dengn hadith tematik nak buat nota ringkas sikit . Eh ! dah macm lari tajuk pulak , hehe . Okey , kembali kepada tajuk asal di atas . Kami exam bermula 22 / 03 --> 12 / 04 / 2013 . Doakan kami dapat buat yang terbaik dan memperolehi keputusan yang mumtaz , jaid jiddan pn najah jugak , hehe . Soleh ! *haha,tiba-iisoleh* , Syakirah , SyafiQah , Izyana , Amalina , Insyirah , Wahida Nabila , buat yang terbaik (:

Wani nak ucapkan 

|| Nota Imtihan ||Salam imtihan buat pelajar yang ambik exam pada bulan ini dan minggu seterus-iinya  , khususnya buat pelajar Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah ( kuisas ) bagi maharah I , maharah II , Diploma Syariah , Usuluddin , Pengajian Islam , Kaunseling Islam , Komunikasi Islam , Teknologi Maklumat , Banking , Muamalat , Pengakaunan , dan Perniagaan ( business ) . Allahumma yassir wala tu'assir . BittaufiQ wannajah (: 


" ... kemudian , apabila engkau telah membulatkan tekad , maka bertawakallah kepada Allah . Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal . " ( Surah Al-Imran : 159 )


Monday, March 18, 2013

Pencarian Bloglist dan Blog untuk Direview

Isnin , 18 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



klik banner untuk join (:



Segmen : Blog Paling Ringan by Blog Mrs.Lulla

Isnin , 18 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


klik banner untuk join :)

Tarikh Tamat : 21 march 2013


Lirik lagu : Seperti dulu ( fourteen )

Isnin , 18 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Malam-ii ( pagi buta ) macm nie tak tahu nak update apa dah =,=" . Tadi study tafsir dengan pengajian malaysia , sikit-ii dulu . Buat nota ringkas mana yang mampu . 

Malam nie , wani nak bagi lirik lagu , seperti dulu , ost 29 februari . Wani tak pernah pun tengok cerita nie , jalan cerita pun tak tahu macam mana =,=" 

Seperti Dulu

Sehari terasa bagai seminggu
Sebulan terasa bagai setahun
Mencari cinta yang gugur
Dari genggamanku

Sejengkal terasa bagai sebatu
Saujana bagai tiada penghujung
Namunku tak putus harapan
Untuk berdampingan lagi

** Seandainya nanti
Kita bertemu kembali
Masihkah kau akan mengenali
Diriku seperti dulu
Dan ketika itu
Mungkinkah dihati sudi
Izinkan ku mencintai
Ataupun perasaanmu tak seperti dulu

Setiap langkah ku makin percaya
Dirimu menanti ku akhirnya
Walaupun jalan berliku
Terbentang menunggu
( Ulang ** )

klik untuk menonton dan mendengar (:

Jom ramai-ii klik segmen nie
Segmen Jom Pilih Hadiah by Nabila Biela


Sunday, March 17, 2013

Segmen : Featured Me on Bubbly ??

Ahad , 17 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Bloggies... may I catch your attention? ^_^... Segmen ni inspired by Kak Mia Liana sebab... saya gunakan coding HTML sahaja untuk uols join...macam Kak Mia buat... supaya mudah dan senang dan cepat... 

Segmen: Featured Me on Bubbly? adalah 1 segmen di mana ianya merupakan 1 lagi segmen untuk semua blogger blogwalking, follow dan berkenalan sesama kita... Bukan untuk saya sahaja...tapi untuk semua juga... Get to know each other giteww... Jujur ek? Dah join kena blogwalking ke blog peserta2 lain... Hopefully, dapatlah support dan sambutan dari uols... 

Segmen ini bermula dari 5.00 petang 16 Mac 2013 sehingga 5.00 petang 23 Mac 2013. 

Syarat2?
  1. Follow blog Farah's Bubblynotes, Add to Circle Google +Farah Waheda Wahid.
  2. Buat entri bertajuk Segmen: Featured Me on Bubbly?
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste-kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila highlight semua coding, tekan Ctrl + C serentak dan paste ke ruangan HTML anda yer? 
  4. Tinggalkan URL uols dalam kotak komen di bawah. 
Pemilihan Pemenang Segmen:
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang akan menjadi Featured Blogger di Bubblynotes di dalam entri yang akan di-up-kan pada hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. 
Jom join? ^_^... I wanna get to know uols better...


Seminar di UTP Seri Iskandar

Ahad , 17 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ingat nak post semalam , tapi kerana tahap keletihan yang gaban , wani draft kan entry ini . Okey , wani nak sambung story , meyh sini baca-ii :D

Semalam ( 16/03/2013 ) , wani dengan kawan-ii mengikuti seminar di UTP Seri Iskandar . Seminar tentang Pewaris Muda Negara yang di sempurnkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia , Perak Darul Ridzuan . 

0oh , wani hadir bukanlah sebagai seorang yang berpolitik *sayabudak-budaklagi tapi hadir sebagai seorang pendengar dan memenuhi kerusi kosong yang ada dalam dewan UTP tu , HAHA . 


Para penceramah yang dijemput ialah
- Y.Bhg. Ustaz Harith Fadzilah bin Hj Abdul Halim (Timb Pengrah Jabtan Agma Islam Perak)
- Datin Paduka Datuk Profesor Dr. Hajah Ramlah binti Adam (Prof Univrsiti Malysia Perlis)

Pukul 12.30 tengahari ucapan dari
Tn.Hj. Muhammad Aszahari bin Abdul Rahman , Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak .
kemudian lepas beliau berucap , ucapan Perasmian Penutup oleh 
Y.Bhg. Dato' Hj. Ibrahim bin Abdul Rahman , ketua pemgarah Jabatan Penerangan Malaysia





Dah habis majlis , kami bersurai dan makan tengahari . Dekat sana , banyak menu lauk tapi tak cukup untuk tetamu yang hadir , cukup tak cukup , kena cukup-ii kan jugak kan ?? Alhamdulillah , wani dengan kawan-ii dapat makan . 

Lepas makan , kami pergi solat zohor dekat masjid UTP . Masjidnya , SubhanaAllah , cantik sangat , tiangnya bulat-ii , lantainya yang sejuk dan ada tasik buatan , sedalam 15 kaki . Masjid tu cantik (: 





Kemudian , kami tak terus balik kolej , kami pergi Lumut . Waahhh ! lama tak pergi Lumut , terakhir pergi Lumut masa wani kecik-ii dulu . Dekat sana , jalan-ii dan terus berjalan , HAHA , penat . Makan aiskrim dan beli keychain untuk kawan-ii . Untuk soleh pun aku ada belikan :D

Dah puas berjalan , solat asar . Kami pun balik kolej , tapi ada singgah makan malam dekat kedai tepi jalan . Sampai kolej pukul 10 ++ malam .


Saturday, March 16, 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah

Sabtu , 16 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

klik banner untuk join :)

Wani idamkan hadiah ,
- Novel
- Handphone cases

Tarikh Tamat : 30 / 03 / 2013


Toturial : Kotak Fieldset

Sabtu , 16 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Lama wani tak buat totu . Nak buat , tapi malas-ii , haha . Hari nie baru rajin , jadi dengan kerajinan yang Allah kurniakan pada waktu-ii sebegini , wani nak buat totu la . Dah habis buat totu , kita solat Qiamulail sama-ii taw . Semua angguk sekarang ! Haha :D

Wani nak buat totu kotak fieldset , kotak yang selalu wani gunakan dalam entry , letak dekat widget pun boleh . Kotak nie seolah-ii dah jadi tremark wani , ada setengah orang guna blockquate .


Letak dalam entry

01 ) Login > Dashboard > Create new post .

02 ) Copy code ini .
<fieldset><legend>AYAT KAMU</legend>AYAT KAMU</fieldset>
<fieldset><legend><img scr="URL IMAGE"/><legend>AYAT KAMU</fieldset>

03 ) Pastekan dekat sini


04 ) Pergi dekat compose , edit lah ayat anda :)

Letak di sidebar

01 ) Login > Dashboard > Design > add gadget > html/javascript

02 ) Copy dan paste di dalam kotak ruangan html/javascript
Untuk text
<fieldset><legend>AYAT KAMU</legend>AYAT KAMU</fieldset>
Untuk gambar
<fieldset><legend><img scr="URL IMAGE"/><legend>AYAT KAMU</fieldset>

03 ) Save . Alhamdulillah (:


Segmen Tambah Followers Laju Laju Part II

Jumaat , 15 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


klik banner untuk join :)

|| Pendapat wani tentang blog Ieka ||

01 ) Blog ieka cantik , kemas , dan simple .

02 ) Widget yang kemas , bukan macm blog akak agak serabut , HEHE .

03 ) Yang penting ! Loading ye cepat , bagus-ii :D

04 ) *tambahan* Apa kata Ieka letak widget follower tu dekat atas , mudah sikit orang nk follow . 


Nie pendapat akak je :) Maaf salh silap . HAHA , komen blog orang , blog sendiri pun serabut :D

Followers : 399 hamba Allah :)

Tag :
solehahhumairah


Friday, March 15, 2013

Tolong wani T_T

Khamis , 14 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Nak cerita semalam tapi dah lewat malam dan mesti tak ada sapa yang rajin nak tolong wani kerana mata waktu tu dah layu-ii , bantal pun dah panggil , hehe .

Semalam , wani first time masuk meeting , jumpa lelaki senior , dan memegang satu jawatan . Sebelum nie , dari sem 1 , wani tak pernah pergi meeting , cakap dengan senior , jumpa senior dan sape senior tu pun wani tak kenal . Wani cuma kenal ,  budak kos wani , kawan-ii wani , ukhti-ii asrama , lelaki pun cuma budak kos dan kawan-ii soleh ja , yang lain , tak tahu *sambil geleng kepala .

Okey , itu hanya muQaddimah , hahaha . Wani nak minta tolong , bantu wani dalam jawatan publisiti . 
Apa tu publisiti ?? 
Kawan wani ada pernah pegang jawatan tu dalam kelab steadfast . Tapi wani tak nampak dia buat apa-ii pun cuma dia kena banyak buat template program . 
Adakah itu publisiti ??
Semalam , wani diterangkan jawatan publisiti nie banyak kena guna kemahiran komputer lagi-ii bab kretif , kretiviti dan apa-ii je yang mengunakan komputer . Wani tak pandai sangat , tapi boleh la . Dekat laptop wani nie ada photoscape dan GIMP 2 , itu ja . Tak ada photoshop . 

Minggu depan , ada program , jadi wani kena buat 1 template tentang prog tu , dan perjumpaan akan datang kena bentangkan idea-ii untuk prog itu . Wani macm tak ada idea untuk prog nie . Ermm , otak blurr sekejap :| . Pastu , wani kena edar-ii kan risalah setiap bulan tak silap .

Haha , pokok soalannya , bantu wani dalam jawatan publisiti nie . 0oh , wani pegang jawatan publisiti bawah exco pembangunan mahasiswa .





Wednesday, March 13, 2013

Presentiton

Rabu , 13 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah , presention untuk hari nie dah lepas , walaupun banyak rintangan yang melanda , hehe . Terima kasih teacher :)

Saja nak cerita , pukul 10 kelas foundation II , tapi wani dengan kawan-ii wani pergi lambat sebab takut sangat nak buat present lagipun kami tak siapkan apa-ii prsediaan pun :( *akibat tangguh keje . Sampaikan teacher ada meseg kawan wani suh datang , hehe . Kami pun pergi , tapi lambat la , masa datang teacher tengah mengajar , dengan muka tebal masuk kelas dan salin apa yang ada di whiteboard tu .

Teacher spend time untuk pembentangan ( berlakon ) , kami pun berlakon lah di hadapan kelas sambil tengok skrip , hahaha *aku tak boleh can nak berlakon bawah datok yusuff haslam :D . Sebenarnya mana boleh tengok skrip , kena hafal . Waktu part aku , aku terbelakangkan audience , haha .

Habis present , kelas pun habis , sebab teacher ada hal yang hendak diuruskan tapi apa-ii pun , Alhamdulillah , dah habis present dan lepas nie pergi kelas pengajian malaysia pulak .

Tiba-ii perut rasa lapar , jom makan !! :)

nyum-ii :)




Sedihnya T_T

Rabu , 13 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Hati mesti rasa kecewakan bila sesuatu yang kita buat untuk orang tapi tak dihargai ? Orang tu tak fikir ke betapa susah kita cari idea untuk buat sesuatu untuk dia , tapi dia ?? Dia seolah-ii memperlekehkan apa yang kita buat kan ?

Huu ! hati wani kecewa sangat , mungkin dia tak ada niat nak buat wani terasa tapi wani tetap terasa dengan soleh ! Sampai hati T_T . Mungkin bagi dia , wani tak boleh hidup tanpa henset tapi dia boleh . Jangan berlagak la . 

Ini balasan yang wani dapat daripda soleh ?? Terima kasih :)





Monday, March 11, 2013

Daya Ingatan Wanita Lebih Tajam

Isnin , 11 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Siapa kata perempuan lebih pelupa berbanding lelaki ?? Satu kajian baru didapati , wanita mudah mengingati berbanding lelaki . Berdasarkan analisa dan kajian yang dilakukan ilmuwan di London England , mendapati wanita memiliki daya ingat yang lebih baik dibandingkan lelaki .

Bukan itu saja , malah pengkaji universiti pendidikan London itu mengatakan bahawa daya ingat wanita akan terus meningkat seiring dengan penambahan usia . Sebaliknya daya ingatan lelaki yang menurun .

Namun kesimpualn ini belum dapat mencari punca yang tepat untuk menjelaskan mengapa daya ingatan wanita lebih tajam . Mungkin , estrogen merupakan salah satu faktor yang berada di sebalik rahsia .

Kajian ini melibatkan 10,000 lelaki dan wanita dari Scotland , England dan Wales untuk diteliti kemampuan daya ingatan mereka dengan menganalisis data riwayat kesihatan dan perkembangan mereka semenjak mereka lahir di minggu yang sama pada tahun 1958 .

Ketika di usia 50 tahun , mereka kemudian diminta untuk menguji ujian daya ingatan dan uji percubaan lainnya . Pada ujian pertama , mereka diminta mendengarkan 10 kata setiap hari dan diberi waktu dua minit untuk mengingat kata sebanyak mungkin . Lima minit kemudian , mereka diminta menuliskan kembali sepuluh kata yang telah mereka ingat .

Salah seorang pengkaji iaitu Profesor Jane Elliot mengatakan percubaan ini menunjukkan perempuan lima persen lebih tinggi dalam kemampuan menyebutkan kata sebanyak mungkin . " Mereka pun lapan persen lebih tinggi untuk boleh menuliskan semula kata yang mereka ingat dibezakan dengan lelaki .

Elliot menjelaskan , perbezaan hasil ujian daya ingatan ini tetap sama setelah melibatkan faktor lain seperti kesihatan dan tingkat pendidikan .

Sementara itu , penelitian lain juga menyatakan  bahawa lelaki dinilai lebih banyak memiliki waktu lapang dibandingkan wanita setiap hari . Selama 24 jam sehari , waktu lapang lelaki lebih banyak 30 minit dibandingkan wanita .


Sumber : Buku Pedoman Wanita