Zikir dan Amalan Hari Jumaat

March 29, 2013

Jumaat , 29 / 03 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Jumaat dan Selamat pagi ^^

Hari jumaat adalah penghulu segala hari , hari yang banyak diberi pahala jika melakukan sesuatu lillahi ta'alaa . Hari jumaat juga dikenali sebagai " sayyidul ayyam " kerana pada hari ini kaum adam diseru untuk melakukan solat jumaat sebagai ganti solat zohor , *Ah!solehh,pergiSolatJumaat* . Dalam firman Allah ( Surah Al-Juma'ah : 9 )
" Wahai orang-orang yang beriman , apabila kamu diseru untuk melaksanakan solat pada hari jumaat  , maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkanlah jualbeli dam itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui "

Antara amalan-ii yang baik dilakukan pada hari jumaat adalah :-
- Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah .
- Membaca Surah Al-Kahfi
- Memakai pakaian sunnah ( Jubah , Serban , Kopiah )
- Hadir awal ke masjid 
- Memotong kuku , kiri kanan , tangan dan kaki .
- Membaca Al-Quran
- Memperbanyakkan amalan sunnah .
- Memperbanyakkan Zikruallah .
" : ( yaitu ) orang-oramg yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah , dengan hanya mengingati Allah , hati menjadi tenteram "
( Surah Ar-Ra'd : 28 )
- Banyakkan berdoa pada hari Jumaat .

Rasulullah bersabda 
“ Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa ta'ala itu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah , pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat ”.
( HadisRiwayatIbnuMajah )

Zikir pada hari Jumaat :-


يا الله
Baca sebanyak 1000kali .




You Might Also Like

2 comments

  1. cumey blog ni.. blog kaler kuning yg susah nak cari cantik mcm ni.. =)

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing waniey... great piece of info... ^_^

    ReplyDelete

Fanpage