11 Thing about me

May 11, 2013

! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hai *sambillambai-lambaitangan* , Salam Rejab . Siapa puasa hari nie ?? Haa ! bagus bagi sesiapa yang puasa . Puasa bulan rejab nie sunat . Salam Rejab dan Selamat berpuasa .

Tadi buka blog CikAkak , nampak entry tentang 11 thing about me . Ia macam game , tengok macam seronok , nak join tapi tak ada sapa nak tag untuk wani , hehe . Pergi blog sendiri buka shoutbox , wahh ! tak sangka ada orang sudi tag untuk wani , terima kasih Michelle sebab tag wani untuk join game nie . Okey ! start the game (:

Few rules need to be followed :
01 . Post this rules .
02 .  Write 11 thing about ypurself .
03 . Answers the questions the tagger set for you .
04 . Create 11 new questions for those you want to tag .
05 . Choose 11 blogger to be tagged and link them to the post .
06 . You are not allowed to tag back .

*************************************************

- 11 Thing About Me - 

01 . Pantang tengok benda kotor dan tak kemas , diri ini automatik akan kemaskan .
02 . Seorang yang banyak cakap , hehe *siaparapatdengandiriini,diatahulah*
03 . Seorang yang sukar nak bergaul dengan orang *sekarangbelajar-ii*
04 . Tak suka marah orang .
05 . Suka baca tentang agama dan apa-ii bahan ilmiah tidak ketinggalan tentang cinta juga , hehe
06 . Suka termenung dan menyendiri bila ada masalah .
07 . Alahan habuk .
08 . Teramat suka warna kuning ^^
09 . Seorang yang suka berusaha tapi satu masa suka putus asa .
10 . Seorang yang tidak pandai bergaya dan tak suka bermake-up .
11 . Seorang yang tak berani untuk buat keputusan sendiri .

- 11 Again Thing About Me-

01 . Wani tak suka makan pedas , hehe .
02 . Wani suka meseg , kurang suka untuk bercalling
03 . Seorang yang tak reti bermadah .
04 . Tak suka aktiviti lasak .
05 . Anak sulung dari 3 orang AdikBeradik ( SemuaPerempuan )
06 . Minat belajar komputer atau apa-ii benda baru mengenai komputer
07 . Mungkin seorang yang agak manja bila dengan kawan-ii :P
08 . Mempunyai keinginan untuk berniQab
09 . Pandai buat tudung labuh .
10 . Wani bukan gadis berniQab lagi :))
11 . Bukan orang kaunselor , tapi teringin jadi kaunselor .

 *************************************************

- Question By Tagger -
Dari Michelle
1 . Kenapa awak berblog ?
: Berblog hanya sekadar suka-ii .
2 . Awak umur berapa ?
: Umur wani , 19 .
3 . Blog saya berat atau tak ?
: Tak , biasa-ii je , cepat loading (:
4 . Awak suka kawan dengan saya tak ? hahaha :P
: Suka , walaupun tak kenal cukuplah hanya updated entry blog awak (:
5 . Apa awak buat bila bosan ?
: Bila bosan wani suka baca novel , kadang-ii online dan kadang juga cari keje dalam rumah .
6 . Awak rasa awak seorang yang macam mana ?
: Rasa macam seorang yang suka menyendiri .
7 . Awak seorang yang open atau tidak ?
: 0oh , wani seorang yang open minder . Tak kisah orang nak cakap apa pun tapi ada hadnya juga
8 . Antara kekasih dan sahabat mana awak utamakan ?
: Akan utamakan sahabat ^^
9 . Bila hari hujan awak suka tak ? kenapa ? :D
: Suka bila hujan turun sebab sejuk dan membuat kita tido nyenyak , hehe .
10 . Kalau saya minta tolong kamu sesuatu sudi tak kamu tolong walaupun kita tak kenal ?
: Sudi , InShaaAllah , saya akan tolong semampu saya sahaja .
11 . Antara cheese cake dan cokalet cake mana lagi perghhh sedap ? :D
: Cokelat cake , nyum-ii :D

Dari HazdnulShafina
1 . Anda suka mengkaji sesuatu atau hanya ambik maklumat tu and simpan dalam otak ?
: 0oh , haha , wani suka ambil maklumat dan simpan dalam otak .
2 . Pernah tak anda mengingati bagaimana pengakhiran hidup anda selama anda hidup ini ?
: Pernah , kadang-ii pernah bayangkan yang ngeri , nauzubillahminzaliQ , semoga kita mati dalam keadaan husnulkatimah , aamiin (:
3 . Anda suka memasak atau suka makan makanan yang orang masak ? Atau apa-ii hobi anda ?
: 2-2 wani suka . Makanan yang orang masak umpama rezeki jangan ditolak , hehe .
4 . Anda suka rumah yang bagaimana ?
: Wani suka rumah yang kemas , warna rumah tak tenggelam . Tak kisah rumah batu atau papan .
5 . Anda suka berfashion apabila hendak keluar dari rumah atau hanya biasa-ii sahaja ? Describe sikit :D
: Wani suka keluar rumah hanya biasa-ii asalkan tutp aurat . Wani seorang yang tak pandai bergaya , nak pakai pashmina pun tak pandai , hehe .
6 . Anda lebih suka memendam rasa atau melepaskannya ? Kalau melepaskannya bagaimana ? Kalau memendam macam mana anda buat ?
: Bergantung kepada keadaan . Klau lepaskan , wani mungkin akan bercerita kepada someone yang boleh dipercayai dan wani akan luahkan di dalam buku diari . Kalau pendam , hanya pendam , kadang-ii monolog seorang diri .
7 . Anda suka baca novel bagaimana ? Siasatan ? Cinta ? Sejarah ? Pengembaraan ? Agama ? etc ?
: Wani suka baca novel tentang cinta islamik , cinta dan akan cari novel yang ada kait sikit dalam kehidupan wani dan juga suka baca novel motivasi .
8 . Bagaimana anda upgrade iman and baiki ibadah anda ? Share law boleh , nak amik pengalaman anda . ^_^ sharing is cute
: Huh ! soalan ini , hehe . InShaaAllah , wani upgrade iman dan ibadah semampu kekuatan yang Allah kirimkan dalam diri wani , tapi wani bukanlah manusia yang perfect tapi berusaha untuk menjadi hamba yang taat pada perintahNya , Aamiin . AllahuRobbi (:
9 . Anda suka shopping ? Berjalan-jalan ? atau ap ?
: Wani suka window shopping , jalan-ii dan apa-ii je yang dapat mengisi masa lapang .
10 . Anda suka sukan apa ? memanah ? menunggang kuda ? etc ?
: Wani tak suka bersukan , hehe . Tapi suka main badminton (:
11 . Cara anda rapatkan hubungan dengan ahli keluarga ?
: Wani rapatkan hubungan dengan ahli keluarga dengan cara luangkan masa bersama .

Dari NurSyabinaAnis ( 23 / 05 / 2013 )
1 . Cerita / Drama yang tengah bersiaran yang korang suka ? ( Tak kisah English / Malay )
: Wani suka tengok cerita Teduhan Kasih , Sebenarnya Saya Isteri Dia , Cinta Jangan Pergi dan Luluhnya Sebuah Ikrar .
2 . First movie korang tengok kat panggung wayang . Dengan siapa ??
: Oopsss ! Maaf sesangat , wani tak pergi pergi panggung wayang , jejak pun tak pernah . Ibu wani sama sekali tidak membenarkan , kalau nak pergi kena lepas kahwin , pergi dengan suami (:
3 . Tips-ii korang untuk berjaya .
: Kihkihkih , wani bukanlah seorang yang berjaya , tapi sedang-ii tu bolehlah , tanya yang boleh wani katakan , pandai bahagi masa , usaha dan terakhir ,bertawakal . Segalanya serah kepada Allah .
4 . Mana lagi korang minat , KFC ? MCD ? BURGER KING ? DOMINO ? PIZZA ? PIZZA HUT / Laim-ii ( sila nyatakan ) . Kenapa ??
: Wani suka makan pizza , tak kisah pizza apa-ii pun . Pizza dekat pasar pun wani makan :D sebabnya , pizza tu sedap , nyum-ii . Cakap pasal pizza dah terliur dah , hehe
5 . Korang pernah teringin tak nak rasai cuasa 4 musim ?
: Pernah ! hehe . Teringin nak pergi negara yang ada 4 musim tapi tak kesampaian lagi , orang kata , kalau nak merasa cuasa 4 musim pergi Bukit Merah . Tapi wani tak pernah pergi lagi .
6 . Negeri mana dalam MY ni korang dah pernah pergi ?
: Semua pernah , kecuali Sabah , Sarawak , Johor .
7 . Band / Kumpulan yang korang minat ? Tak kisah mana-ii pun . Your first impression to them ?
: Hehe , tak minat mana-ii band . Tapi wani akan minat lagu dari band mana-ii je , kalau lagu tu sedap didengar . Macam kump sixth sense :D
8 . 5 Tahun lagu korang akan jadi apa ??
: Allah , susah nak jangka , hehe . Mungkin jadi cikgu sekolah atau dah berkerja . Dan mgkin juga dah kahwin , hehe *gatai* , tapi mungkin juga , wani tak ada dalam dunia nie . Doa-ii la umur wani panjang ye (:
9 . Berapa lama dah korang buat blog dan berblogging ?
: Ermm , tak salah wani , wani dah setahun lebih dalam dunia blogger nie .
10 . Makanan favourite korang . Jelaskan keenakkannya . Hahahaha
: Wani suka makan Nasi Goreng Cina , memg nampk biasa nasi tu tapi wani suka sebab tak pedas , hehe . Ada ayam (:
11 . Kalau ada kuasa macam superhero , korang nak kuasa apa ??
: Wani nak kuasa macam doraemon , hehe . Apa-ii je ada dalam pocket tu (:

 *************************************************

- 11 New Questions -

01 . Siapa nama penuh kamu ?
02 . Cerita apa yang selalu kamu update dalam blog ?
03 . Apa pandangan kamu terhadap diri wani ?
04 . Sekarang belajar atau berkerja ? Dimana ?
05 . Sudi tak kamu tolong wani dikala wani memerlukan pertolongan walaupun kita tak kenal ?
06 . Kamu sukakan sahabat ciri-ii yang macam mana ?
07 . Apa pendapat kamu tentang blog wani ? Sila utarakan pendapat , nak kritik pn dialu-iikan (:
08 . Antara banyak-ii novel yang pernah kamu baca , tajuk novel apa yang jalan ceritanya menarik ?
09 . Apakah sunnah Rasulullah yang boleh kita amalkan ?
10 . Apa tindak tanduk kamu bila berhadapan dengan masalah ?
11 .Sila beri nasihat untuk diri wani . Boleh tak ? Walaupun satu ayat (:

 *************************************************

- 11 Blogger to be tagged -
02 . Amalina 
03 . IhaZaliza
05 . NurAtirah 
08 . CikFie
09 . IkaSahaja

 *************************************************
Done !!!
*************************************************

Alhamdulillah , akhirnya siap juga . Fuhh ! berpeluh-ii memikirkan soalan apa yang nak diajukan walaupun ada soalan yang tak patut ditanya , mungkin . Wani harap korang jawab dengan tenang dan jujur , hehe . Maaf kalau ada yang marah wani tag korang . Jika ada kelapangan jawablah soalan-ii wani nie . Tak susah pun macam SPM , hehe . Bagi yang singgah blog wani , walaupun korang tak ditag , wani alu-iikan korang untuk jawab juga . Jawapan soalan , korang boleh hantar di facebook wani , fanpage pun boleh juga (: Wani tunggu , ilal liQa' . Assalamualaikum 

|| Selamat menjawab dan Salam Rejab ||




You Might Also Like

7 comments

  1. cik akak buat entri nie berjam-jam..hihi...payah juga games nie tau..hihi







    ReplyDelete
  2. thanks sudi tagged me , hehe . dah tahu sedikit sebanyak nie . hehe

    ReplyDelete
  3. Waaa thanks Wani tag iha.. insya Allah iha akan cuba jawab secepat mungkin.. :)

    ReplyDelete
  4. wah, ramai lah buat mende ni skrg.

    ReplyDelete
  5. ^_^ menjawab dgn jayanya..ehhehe.. tq

    ReplyDelete
  6. alamak kak alyn tak jawab lagi la tag wani..InsaAllah dalam masa terdekat kak alyn akan jawab...:)

    ReplyDelete
  7. Thanks jawab soalan2 saya.. :)

    ReplyDelete

Fanpage