Debaran Sabtu , Menanti Ahad

May 14, 2013

Selasa , 14 / 05 / 2013
! Assalamualaikum !
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani





Tak semua yang kita harapkan akan kekal selamanya , dan tak semua yang kita sangka kita miliki akan betul-betul jadi milik kita . Itulah yang aku alami sekarang , aku sangka sementara itu hanyalah sementara tapi tak sangka yang aku sangka sementara seolah-ii seperti selama-lamanya . Aku redha (:

Kerana dirinya aku jadi seorang yang sentiasa menunggu , kerana dirinya aku jadi betul-ii seorang sabar dan kerana dirinya aku belajar sesuatu yang baru . 

Tak ada siapa yang mampu pujuk hati nie melainkan diri ini . Tak ada siapa akan faham apa yang dialami oleh diri ini melainkan diri ini . Apa yang dialami , dilalui , dirasai , takkan ada sesiapa yang faham kecuali Pencipta jasad ini , Allah S.W.T .

Jangan persoalkan , kenapa kau yang dipilih untuk mengenali insan itu ? Jangan ditanya , kenapa kau diduga ujian begini dengan insan itu ? Sesungguhnya kau adalah orang yang dipilih oleh Allah untuk mengenali , memahami insan itu . Sentiasalah bersangka baik dan ingat mungkin ada ganjaran yang baik dihadapan menanti diri ini .

Ya Allah , kau kuatkan diri ini dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi ini yang banyak dugaan yang mendatang . Kuatkan diri dan hati ini , ya Allah . Hanya Engkau yang mengetahui apa yang aku alami dan hanya pada Engkau aku memohon pertolongan dan segalanya .

Ahad ! tunggu ye , suatu masa hari kau akan tiba juga dan pada hari tu aku akan belajar untuk senyum (: . Tak sangka masa berlalu dengan pantas , dan tak sangka tarikh itu jatuh pada bulan 5 kerana aku sangka bulan 6 . Mesti insan itu tak sabar nak jauhkan diri daripada aku . Jangan risau , aku takkan fikir bukan-ii ^^ . Semoga kita sentiasa dibawah payungan kasih sayang daripadaNya , Amin Ya Rabb . Senyum Selalu (:


You Might Also Like

4 comments

  1. kaifa ya s0habati...lme x dgr cte wanieyh..rindu s0kmo

    ReplyDelete
  2. saidatulzainal8/16/13, 1:59 AM

    kaifa ya s0habati...lame x dgr cte wanieyh..rindu s0kmo^_^

    ReplyDelete
  3. kaifa ya s0habati...lme x dgr cte wanieyh..rindu s0kmo

    ReplyDelete

Fanpage