HalaQah - Pengantin Al-Quran

November 16, 2013

Sabtu , 16 / 11 / 2013
|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah , semalam diberi kesempatan untuk menonton televisyen . Agak menarik perbahasan yang dibahaskan dalam halaQah malam semalam . Memadailah memandangkan sekarang musim cuti sekolah pasti ramai pasangan yang bakal bergelar raja sehari akan mengadakan majlis perkahwinan .

Perkahwinan yang dibina atas landasan Al-Quran . Pengantin Al-Quran ini telah digambarkan dengan indahnya oleh Allah s.w.t dalam surah A-Rahman . Surah ini telah dibacakan oleh ustaz dalam rancangan semalam . Sungguh, kalimah-kalimahnya yang mempesona dan nasihat-nasihatnya yang agung menimbulkan kesan . Surah ini mengandungi pelbagai hiasan dan pakaian indah , mutiara , dan permata . Allah s.w.t dengan indahnya melukiskan bidadari-bidadari yang solehah , jelita , tidak pernah disentuh , bersimpuh di atas hamparan permaidani indah . Sungguh Allah Maha Agung .


Perintah untuk bersyukur dan tidak mengingkari Tuhan termaktub dalam surah Ar-Rahman . Nikmat Ilahi yang dikurniakan sama sekali bukan alasan kelekaan dan kelalaian terhadap Pencipta . Acapkali Tuhan menanyakan dengan lembut .

Semalam ustaz ada menyebut
" Bila baru kahwin , isteri masak tak sedap . Jangan cakap " tak macam mak I masaklah " sebaliknya minta si isteri belajar memasak dengan ibu mertua "

Perkahwinan yang paling ideal yang boleh dijadikan contoh adalah perkahwinan Rasulullah dengan Siti Khadijah . Kehidupan baginda sangat mawaddah . Kegembiraan dengan penuh kasih sayang . Ketika Rasulullah berkahwin dengan Siti Khadijah , Siti Khadijah berusia 40 tahun tapi dapat melahirkan 6 orang anak . Rasulullah hidup bersama Siti Khadijah sehingga Siti Khadijah wafat , barulah rasulullah bernikah lain .

Pengantin yang mengikut Al-Quran dan sunnah , melakukan ibadat bersama-ii , berpuasa bersama-ii , mendidik anak menjadi soleh dan solehah adalah perkahwinan yang paling ideal . Bila akad nikah , ada syaitan yang menangis , datang pulak jeneral syaitan yang ingin memusnahkan perkahwinan .

Ustaz juga ada mencadangkan mendalami maksud didalam surah Al-FurQan dan Al-BaQarah kerana didalamnya lengkap dengan semua permasalahan serta kasih sayang Allah .

Sesungguhnya , Al-Quran itu wahyu daripada Allah .
Jangan sekali kali memandang sepi .

Barakallahulakum Barakahua'alaikum untuk kakak soleh ( SarahFatihah dan pasanganya ) yang selamat diijabqabulkan malam semalam didalam halaQah (: *seronoknyakahwinmasuktv:D*


Fi Hifzillah , Ilal liQa' 


You Might Also Like

1 comments

  1. tahniah buat psgn pengantin.:) "Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan.”

    ReplyDelete

Fanpage