Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Tuesday, January 14, 2014

Lirik Lagu : Jodoh Berdua .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Wani ada follow twitter HafizHamidun , dia banyak retweet balik kata-ii orang tentang lagu dia . Dan 1 hari ramai orang kata lagu terbaru dia JodohBerdua . Wani pun teringin nak dengar , bila dah dengar . Wahhh ! Wani suka , haha . Klip video dia pun boleh tahan , jadi wani nak share dengan orang lirik lagu tersebut .


Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun

Jika cinta mampu untuk ku lukiskan 
Garisannya penuh dengan pengharapan 
Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Yang terlihat kini hanya anugerah 
Dan melafazkan janji yang terindah

Sentiasa dalam doaku 
Menyimpan rasa ingin bertemu 
Insan yang masih rahsia 
Dan teristimewa 

Pencarianku kini telah berakhir 
Detik bahagia kini telah pun hadir 
Sungguh aku percaya 
Ketentuan Yang Esa 
Jodoh berdua begitulah takdir 

Bersedialah menunggu di garis penghujung 
Insya Allah ke syurga 
Bersatu kasih kita

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Jodoh berdua begitulah takdir



Sanah Helwah Ya Rasulullah .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Sanah Helwah Ya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Allahumma solli 'ala saydina muhammad .
12 rabi'ul awal 1435 hijrah .

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya



Monday, January 13, 2014

"Giveaway Birthday Azhafizah"

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


- Klik Banner Untuk Join -

Tarikh Tamat : 07 Februari 2014 ( 11.59 Malam )

Ucapan HariLahirWani mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke - ?? kepada Azhafizah . Semoga Panjang Umur , Murah Rezeki dan Dirahmati Allah Dunia dan Akhirat .

Sucikan Diri Dengan Berwudhu ,
Bersihkan Hati Dengan Solat ,
Sucikan Hati Dengan Keikhlasan ,
Sucikan Usia Dengan Cinta YaRabb .
Selamat UlangTahun Kelahiran Sahabat Blogger Azhafizah (:


Fi Hifzillah , Ilal liQa' 


Sunday, January 12, 2014

Balik Batang Kali

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Cuti Mid Sem , kolej wani bermula dari 10hb sampai 19hb . 19hb tu dah kena kembali ke kolej dan menghadapi exam midsem ..

Alhamdulillah , wani dah sampai rumah pada subuh sabtu , haha . Sampai rawang pukul 06.00 pagi . Ayah datang ambik dari Kuala kubu . Kenapa dari kuala kubu , sedangkan wani duduk batang kali ? Hah ! Inilah yang wani nak story . Mesti korang ingat wani tertidur dalam train :D

Ceritanya bermula begini ........

Wani punya tiket dari kuala kangsar ke kuala kubu pukul 01.45 pagi , tapi train sampai kuala kangsar pukul 02.15 pagi , takpe , perkara biasa . Wani punya tempat dalam koc 2B , bila dah sampai tempat yang wani nak duduk , tengok-ii ada seorang pakcik dah tidur kongke 2-2 tempat , nak kejut tak sampai hati lagipun wani tengok pakcik tu menakutkan , hehe . 

Alhamdulillah , belakang tu tak ada orang . Terpaksa duduk tempat orang , duduk dalam train tak tenang sebab duduk tempat orang , wani takut tiba-ii ada orang datang kata .
" Maaf , cik nie tempat saya " sambil tunjuk tiket .
Haha , takut , malu wani nanti , haha . Alhamdulillah , tak ada sepanjang perjalanan .

Bila dah sampai stesen kuala kubu , train tu tak berhenti pun , terus jalan . Wani dah panik , sebab ayah dah tunggu dekat KTM Kuala Kubu tu . Wani pun jumpa orang yang bertugas dalam train tu . Diaorang suruh turun dekat rawang dan minta serahkan tiket . Wani pun serahkan tiket dan duduk dalam kafe train tu , tunggulah sampai rawang . Wani dah bagitahu ayah , dan itulah sebabnya ayah ambik dari kuala kubu . Nasib ayah tak bising , hehe .

Dah nak sampai pakcik tu ada cakap sesuatu , tapi wani tak dengar sebab bunyi train lebih kuat dari suara pakcik tu . Pakcik tu cakap slow sangat , wani angguk-ii dan iya kan saja apa yang pakcik tu cakap . Dan serahkan balik tiket , siap ada note lagi .


Tapi wani tak ambik komuter lah , sebab ayah dah sampai rawang , lagipun ayah tak bagi ambik komuter , ayah suruh tunggu jugak sampai dia jemput . Alih-ii , ayah dah sampai sebelum train tu sampai , syukur , tak yah tunggu lama , lagipun mata dah minta tutup . Yela , wani tak tidur dalam train langsung , takut terlajak , ahaha .


Itulah kisahnya balik batang kali . Dan ini first time terjadi , dah lah balik sorang-ii . Sob sob .

Fi Hifzillah , Ilal liQa' 


Saturday, January 11, 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)