Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Wednesday, April 30, 2014

Cinta Tak Mesti Dimiliki - Salma Al-Farisi .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Pernah dengar nama Salman al-Farisi ??
Beliau adalah salah seorang sahabat Rasulullah mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari agama yang benar , agama Islam sebagaimana kisah beliau dalam mencari kebenaran dalam agama , kesungguhan dan ketabahan beliau , sehinggalah menemukan agama Islam sebagai agama benar begitu jugalah hebatnya kisah cinta Salman al-Farisi .

Inilah kisah cinta Salman al-Farisi .

Kisahnya begini , di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama . Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah . Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga . Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi penuh warna dan cinta .

Beliau menjemput sahabat karibnya , Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu .

“ Subhanallah , Alhamdulillah ” 
terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’ , tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu . Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini .

Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah .

“ Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi . Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam , dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya . Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w , hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya . Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya ” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut . Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah .


“ Menerima kalian berdua sebagai tetamu , sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami . Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama . Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya . Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya ” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab , di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati .

“ silakan tuan... ” balas Abu Darda’.

Selepas beberapa minit berlalu , datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.

“ Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan ”

“ Kerana kalian tetamu terhormat kami , sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya . Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua . Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman . Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama , puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur ” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus .

Subhanallah , jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi . Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi , mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping , teman bicara . Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi ;

“Allahu Akbar , Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil "

“ Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’ , teman baik ku dunia akhirat . Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian ! ” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

Begitulah jawapan Salman al-Farisi. Subhanallah , begitu kagum dan ta'ajubnya saya ketika membaca kisah cinta beliau . Reaksinya yang begitu bersahaja sudah menunjukkan yang beliau adalah pencinta sejati . Akur akan ketentuan Allah swt . Sejatinya bukan kerana beliau adalah sahabat Rasulullah , tetapi rahmat dan kasih sayang Ilahi yg sentiasa menemani sekeping hatinya untuk terus MEMBERI . Teringat saya akan satu ayat ni .
" MEMBERI itu tidak bererti mengurangi apa yang ada , tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki , tidak haloba dengan apa yang tiada "

Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya . Dan yg lebih mengejutkan lagi , sahabat baik nya yg pada mulanya dijadikan 'teman bicara' utk meminang pula yg menjadi pilihan si gadis solehah .

Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi ? Mampukah kita memberi dan membenarkan segalanya dengan keikhlasan ?? Sudah pasti akan timbul sedikit rasa marah pada mulanya dan diikuti rasa terkilan . Tapi berbezanya dengan Salman al-Farisi . Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dengan penuh rasa syukur dan redha . Baginya , satu pekerjaan yang besar lagi mulia adalah dengan MEMBERI .

Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah swt . Yang Maha mngetahui tentang sesuatu yang tidak kita ketahui .

Sumber : 

|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Tuesday, April 29, 2014

Empat Hal Sebelum Tidur .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Rasulullah S.A.W berpesan kepada siti aisyah R.A
" Ya , aisyah ! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara ini , yaitu :-
01 . Sebelum khatam Al-Quran .
02 . Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat .
03 . Sebelum para muslimin meredhai engkau .
04 . Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah .

Bertanya siti aisyah :
" Ya , Rasulullah ! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam seketika ? "

Rasulullah tersenyum dan bersabda :
01 . " Jika emgkau akan tidur , membaca surah al-ikhlas tiga (3) kali . Seakan akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran " .


02 . " Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat "

tiga (3) kali

03 . " Beristighfarlah untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau "

tiga (3) kali

04 . " Dan perbanyakkanlah " bertasbih , bertahmid , bertahlil dan bertakbir " maka seakan akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah "

tiga (3) kali


Nota HatiMungkin ada yang tak tahu , dan mungkin ada yang tahu . Kekadang manusia ini lalai , ye , wani pun sama . Baca doa tidur terus tidur , haha . Sekarang , inshaaAllah , boleh diamalkan . Segala yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu datang dari Allah tetapi disandarkan kepada wani (:



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Tuesday, April 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Sunday, April 20, 2014

Cara Nabi Menegur seorang Isteri baginda

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Cara Nabi Menegur seorang Isteri baginda .

Pada suatu hari, Saidatina Aisyah memasak sup untuk baginda Rasulullah s.a.w. Setelah siap memasak, beliau pun memanggil Rasulullah s.a.w untuk makan.
Kemudian apabila Rasulullah s.a.w menghirup sup itu, baginda mendapati bahawa sup yang isterinya buat itu terlebih masin. Maka baginda tersenyum kepada isterinya, kemudian baginda berkata :
"Wahai Aisyah, ingatkah kau semasa kita baru berkahwin dahulu? Pada waktu itu kita saling suap-menyuap semasa makan."

Maka Aisyah mengangguk tanda beliau masih ingat. Kemudian baginda berkata lagi :
"Mahukah kau jika kita mengulangi peristiwa itu?"

Lalu Aisyah mengagguk tanda bersetuju. Maka baginda berkata :
"Dahulu kau yang menyuap aku dahulu. kali ini, biar aku pula yang menyuapmu terlebih dahulu."

Aisyah bersetuju dan beliau pun duduk di sisi suaminya. Setelah baginda menyuapkan sup itu di mulutnya, barulah Aisyah menyedari bahawa sup yang dimasaknya itu terlebih masin. Beliau meminta maaf daripada Rasulullah s.a.w. Baginda hanya tersenyum (:

Sumber : Facebook .

|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Magnum Gold .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah , hari nie dapat merasa aiskrim  magnum gold . Yang dalam iklan  tu :D . Bukanlah nak sangat , tapi ibu dah belikan , ambik jela dan cakap terima kasih . Ibu kata harga aiskrim magnum gold tu RM 4.30 . Wani ingatkan RM 2.80 je , macam harga aiskrim drumstick . Dah gold , jadi harga pun kena gold jugak lah kut , ahaha . 


Ada rezeki , mungkin merasa lagi . Ayah kata aiskrim nie manis sangat . Tapi bagi wani macam biasa . Tak tahu lah . Kalau korang dah merasa , tahu la kut manis ke atau biasa .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



Saturday, April 19, 2014

Lirik Lagu : Mencintaimu ( Suki Low )

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Cubalah mengerti
aku ini amat 
mencintaimu
aku sentiasa ada di sini

cintamu bukanlah untuk dia
aku memendam rasa terus terseksa
terluka
kau enggan bicara

Kasih .. tataplah mataku ini
dengarlah suara hati , aku ada disini
tuhan tolong bantulah kami
bukakanlah pintu hatimu kasih
didalam redha ilahi

( ajai )
lupakan kamu
aku tak mampu
katakan aku
hanya milikmu

Kasih .. tataplah mataku ini
dengarlah suara hati , aku ada disini
tuhan tolong bantulah kami
bukakanlah pintu hatimu kasih
didalam redha ilahi

Kasih .. tataplah mataku ini
dengarlah suara hati , aku ada disini
tuhan tolong bantulah kami
bukakanlah pintu hatimu kasih
didalam redha ilahi




|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Friday, April 18, 2014

Salam Jumaat .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


|| Wahai Tuhan Yang Maha Pencinta , terimalah cintaku yang serdehana ini , izinkanlah aku merasa cintaMu yang Maha Indah ||

|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Thursday, April 17, 2014

3 Waktu Dilarang Mandi

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Apabila air tiada dirumah , maka kenalah buat catuan air sebanyak yang mungkin untuk bertahan sampai ada air . Bila tak ada air nie , waktu mandi pun macam berkurang . Cuma mandi waktu lepas bangun tidur dan nak masuknya waktu malam . Kita bukan boleh tiap-ii masa mandi , ada waktu-ii yang dilarang untuk mandi . Kadang-ii kita terleka .


 . 30 Minit Setelah Solat Asar atau Waktu Asar .
30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah dalam diri kita ketika itu sedang panas , jika kita mandi ketika itu , akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat melakukan perkerjaan .

 . Setelah Maghrib .
Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan . Jadi , kajian menunjukkan bahawa ketika itu , jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan menyebabkan paru-paru basah .

 . Setelah Isya' sehingga jam pukul 12 Malam .
Setelah isya' , ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirehat , jika mandi ketika ini , akan menyebabkan kerosakkan jantung akibat masuk air . Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam . Antara pukul 2-3 pagi , itu akan lebih memberi tenaga kepada badan sepertimana bateri yang lemah di cas semula .

Sumber : Wechat .

|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Monday, April 14, 2014

Cara dan Doa menangani sifat panas baran .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Kita biasa dengar apabila kawan , ibu atau ayah , suami dan isteri meluahkan kemarahan mereka . Apabila ibu ayah atau isteri panas baran , anak-anak pula menjadi mangsa . Kemarahan boleh menyebabkan satu masalah paling besar dalam hidup jika tidak dikawal . Jika anda mampu mengawal kemarahan , bermakna anda mampu mengawal masalah dengan tenang . Berikut merupakan beberapa tip mudah tetapi berguna jika anda tiba-tiba saja diserang emosi 'negatif' ini.

01 . Tarik Nafas
Tarik nafas sedalam-dalamnya untuk membantu menenangkan saraf-saraf yang dalam keadaan tegang . Ia boleh memudahkan anda berhenti daripada marah dengan segera .

02 . Minum Segelas Air
Jika anda mula merasa gelisah , cepat-cepat ambil segelas air sejuk kerana air yang mengalir di tekak anda memberi satu rasa nyaman . Perasaan ini akan sampai ke otak dengan menghantar isyarat bahawa tidak ada gunanya anda mahu marah .

03 . Mandi
Mungkin ada di kalangan anda menganggap ia bukan jalan terbaik. Tetapi ia ternyata berkesan apabila badan yang basah mampu menenangkan ketegangan di samping menghidu wangian sabun .

04. Elak Bercakap
Apabila anda di dalam keadaan yang sangat marah , elak bercakap dengan sesiapa . Jika anda mahu terus bercakap di saat-saat anda sedang marah , anda akan menaikkan suara sehingga timbul rasa penyesalan . Malangnya , anda akan terlambat ! Ikut petua ini :-
Apabila marah , kira angka satu hingga 10 di dalam hati . Apabila sangat marah, kiralah sampai 100 .

05 . Teruskan Mendengar
Marah tidak semestinya anda perlu bercakap . Ada masanya anda perlu belajar mendengar . Tumpukan perhatian dan cuba dengar masalah di sebelah pihak pula . Kadang-ii kita perlukan penjelasan sebelum menjadi salah faham .

06 . Mari Berjalan
Sudah pasti anda menjadi tidak keruan dibuatnya ! Jika duduk membuatkan anda kurang selesa , silalah berjalan kaki sambil melihat persekitaran dan menghirup udara segar .

07 . Berdoa atau meditasi
Bagi yang Islam , anda digalakkan mengambil air wuduk dan solat . Bagi yang bukan Islam , anda boleh melakukan meditasi kerana langkah rohani ini membantu anda merasa tenang dari dalam .

08 . Dengar Muzik
Terpulang pada anda muzik apa yang boleh mendatangkan kesedapan buat halwa telinga . Mendengar muzik boleh membuatkan anda lupa seketika kemarahan . Alunan ayat Al-Quran juga adalah sangat baik kerana ia akan memberi ketenangan didalam jiwa , dan anda juga boleh mendengar lagu berbentuk jazz , kerana ia akan membuatkan anda terasa seperti berada di lobi hotel .

09 . Berfikir Logik
Kadang-kadang , anda marah tanpa sebab . Elak marah sebarangan kerana ia akan mendatangkan malu buat diri sendiri . Biarlah kemarahan anda realistik dan bukannya tidak masuk akal .

10 . Tidak Ada Manusia Sempurna
Semua orang pasti melakukan kesilapan termasuk anda sendiri . Apabila anda menyedari bahawa tidak ada orang sempurna , secara tidak langsung akan membantu anda lebih memahami untuk tidak memarahi orang sesuka hati .

11 . Jangan Penting Diri Sendiri
Salah satu cara paling berkesan adalah dengan bertanyakan soalan pada diri sendiri seperti, "Bagaimana jika aku berada di tempatnya?".

12 . Berkongsi 
Kadang-kadang , anda perlu berkongsi masalah dengan sahabat yang boleh dipercayai . Mereka boleh membantu anda menangani kemarahan , meringankan beban dan sekaligus menceriakan hari anda .

13 . Bersenam
Anda boleh mengawal kemarahan dengan melakukan senaman . Jika anda merasakan hari ini merupakan hari yang kurang baik buat anda , bersenam memberikan anda satu tenaga positif untuk menyahkan aura negatif anda .

14 . Belajar Memaafkan
Jika anda belajar memaafkan orang lain dengan mudah , percayalah bahawa anda tidak akan mempunyai alasan untuk marah . Anda akan senantiasa berfikiran positif untuk menyelesaikan masalah berbanding mahu marah.

15 . Jadi Matang
Anda  kerap marah tanpa memikirkan kesan pada jangka masa panjang . Anda kurang menyedari apa kesan akan timbul terhadap persahabatan atau situasi mendatang . Dengan bersikap matang dan berfikiran jauh , anda mungkin berfikir banyak kali untuk marah .


Doa Untuk Menangani Sifat Marah atau Panas Baran


" Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk , Ya Allah , ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah akan aku dari syaitan yang terkutuk "


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



Segmen Blogwalking By DayangDeno

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

- Klik Banner Untuk Join -

Syarat-syaratnya adalah :-
01 . Like dan Follow Blog beliau.
02 . Tajuk entri bebas , copy banner dan linkkan .
03 . Tinggalkan link peryertaan di ruangan komen .
04 . Lima (5) yang bertuah akan memiliki limited edition button .


Tarikh Tamat : 01 Mei 2014 , 11.59 Malam


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Tuesday, April 08, 2014

Wanita dan Sifat Pemalu .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



" Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki " 
 Kebiasaan kita mendengar , lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga , kalau kumbang suka kepada bunga , lelaki tentulah suka kepada wanita . Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik . Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki , baik di sekolah , tepi jalan raya , di pasar raya , di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang .

Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu , mereka akan terus mencuba dan terus mencuba . Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud ;
 " Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki , lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu . " 
(Hadith riwayat Bauhaqi)
Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat sombong diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda , dan pelbagai lagi menarik perhatian .

Oleh sebab itu , Allah SWT mengurniakan sifat malu kepada wanita . Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan . Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau-ii ada orang yg akan nampak , hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya .

 Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari , Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud ;
" Jika engkau tidak malu , buatlah sesuka hatimu. " 
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan . Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji . Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat , malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dalam diri manusia .

    Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu . Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat . Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya . Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka . Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah , tidak gerun kepada neraka Allah , dan tidak cintakan syurga Allah . Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada , maka sifat malu secara automatik akan hilang . Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan , buktinya boleh dilihat dimana-mana sahaja . Melalui media cetak , media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita . Sayang seribu kali sayang , wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki , menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya . Tetapi percayalah , kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya , tentulah mereka akan berpakaian sopan , berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak . Dan seterusnya akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita . Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat .

Sumber : [ Tekan Sini ]


Monday, April 07, 2014

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)


Segmen Mini Power Bank Aswan Azmy

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


klik Banner untuk Join

* Hanya seorang pemenang yang dicari . Jika banyak peryertaan , hadiah akan di up kan .


Tarikh Tamat : 10 April 2014 ( 11.59 Malam )