Hari Last PWTC ( Pesta Buku )

May 06, 2014

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sebenarnya post ini dah lama di draf kan sejak malam ahad lagi . Dan hari ini baru di publish kan .

Alhamdulillah , wani dan kawan-kawan dapat pergi pesta buku dekat pwtc yang dibuat selama 2 minggu , dari 24hb 04 hingga 04hb 05 2014 . Wani pergi sana kebanyakkannya beli pakai baucer buku sebab baucer buku wani langsung tak sentuh dari hari wani dapat baucer tu . Dan sekarang tinggal satu je baucer tu yang tak guna lagi , wani bagi ibu je sebab buku yang ibu nak wani tak nampak dekat pwtc tu .

Wani pergi sana 5 orang termasuk wani . Ingatkan ada rezeki nak jumpa saidatul , tapi tak ada rezeki sebab sampai je dekat pwtc tu , saidatul hantar meseg yang di tak dapat join . Sedih  gak lah , tapi nak buat macam mana Allah tak izinkan kami berjumpa pada hari tu . Dari Batang kali , 5 orang , nanti sampai Putra 6 orang , masuk PWTC 8 orang .

Kami keluar dari rumah masing masing pukul 09.00 pagi . Sok sek sok sek , pukul 09.30 pagi sampai KTM Batang Kali . Beli tiket pergi dan balik , senang dan tunggu tren nak ke rawang , tren sampai pukul 10.11 pagi , haa . Setengah jam jugak lah tunggu tren . Kawan wani dari Segambut dah sampai dulu dekat Putra . Kami dari Batang kali , turun tukar tren dekat Rawang , dari Rawang ke Putra . Sampai Putra pukul 11.00 ++ tengahari . Dekat PWTC dah ada sorang kawan kami tunggu dengan kakak dia .

Sampai PWTC , kami makan dulu . Wani tak tahu nak makan apa ? Ikutkan tak nak makan , tapi disebabkan semua makan , wani dengan adik pun makan jela . Kami semua makan A&W  dan itu first time wani dan adik makan A&W  . Lepas makan , kami semua berpecah . Masing-masing beli lah apa yang dibeli . Sampai adik pun berpecah dengan wani , ada lah jugak rasa geram  dekat dia , sebab ibu pesan pergi mana mana berdua jangan terpisah . Dahlah call masuk voicemail , call call , dapat . Tahu tahu dia dekat luar , tak nak masuk sebab tengok macam tak ada apa-apa . Memang lah bagi dia tak ada apa-apa tapi at least bagitahu lah nak pergi mana .

Wani dalam PWTC tu jalan dengan adik dan farah . Anis dengan adik dia , bella , kakak bella dan hayati . Diaorang dah habis awal beli , tak sampai pukul 02.00 petang dah habis beli . Haha , wani dengan adik dan farah , tak habis-habis beli lagi . Sebab wani cari booth Al-Hidayah tak jumpa pun , macam booth-booth yang jual buku-buku ilmiah . Rupa-rupa nya booth mereka dekat belah belakang PWTC tu . Fuhhh ! Penat naik sampai tingkat 3 tak jumpa , sebenarnya dekat tingkat bawah belah belakang .

Wani pergi sana tak ada jumpa artis , tapi ada lah terdengar orang menjerit-jerit kata Izzul Islam datang . Diaorang nak jumpa Izzul Islam tu sampai terlanggar wani , alhamdulillah tak jatuh terduduk . Geram gak lah , tapi takkan nak marah pulak . Dahlah say sorry pun tak ada , semua nak kerja Izzul Islam . Izzul Islam tu dalam booth " Kaki Novel " . Wani juga ada dengar sedikit ceramah dari Ustazah errr tak ingat ustazah apa ? Hehe . Haa ! Bila dekat ustazah tu tak ada pulak orang terkejar-kejar nak jumpa ustazah tu . Wani tengok tak ramai pun yang ada depan ustazah tu tapi ustazah tu cakap pakai mikrofon .

Tak banyak pun yang wani beli dekat sana . Wani beli dua (2) Al-Quran , lima (5) Novel , empat (4) Buku motivasi dan 2 buku percuma , kawan bagi , haha . Habis dekat sana , 200 pakai baucer .


5 buah buku novel , dan buku yang tajuk " Kerana Mahalnya Syurga " itu , buku kawan kirim dan buku tajuk " Saya Tetap Nak Awak " , itu buku yang wani nak bagi  kawan . Disebabkan dia tak suka baca novel panjang , wani belikan novel pendek , tak tebal .


Ini dua (2) je buku yang wani beli , lagi dua (2) tu buku adik , tak tahu lah dia beli buku apa , nampak satu (1) tajuk je " Kaya Fotografi " .


Okey , inilah dua (2) buku yang wani kata percuma tu , haha . Sebenarnya buku ini kawan wani yang dapat , tapi dia bagi wani . Wani pun ambik jela , walaupun wani tahu wani takkan baca , dahlah buku tu dalam bahasa Inggeris . 



Haha , tapi ada cerita yang pasal buku " Makan " tu . Okey , tajuk buku " Makan " . Tengok pulak gambar cupcakes  , buku resepi cupcake . Wani pun ambik lah , mana tahu boleh belajar buat cupcakes . Sampai dekat rumah , ibu kata 
" Kakak , kamu perasan tak yang buku nie dalam Bahasa Inggeris ?? "
" Hahh ! Haha . Yeke ? Tak perasan pun , sebab tajuk " Makan " , jadi ambik jela . Ingatkan dalam Bahasa Melayu "
" Haa ! kalau nak buat cupcakes nanti cari translate "
Haha , kalau nak buat cupcakes berdasarkan buku tu kena translate dulu .


Sebenarnya wani dah ada Al-Quran , tapi Al-Quran tu wani dah bawak balik rumah sewa . Untuk rumah sendiri tak ada Al-Quran dalam bilik sendiri , baca Al-Quran pun kena pinjam Al-Quran ibu dan pulangkan balik dalam bilik ibu . Wani beli lah Al-Quran satu (1) untuk bilik sendiri . Dan lagi satu (1) tu , wani ingat nak bagi soleh . Sebab wani dah lama berniat nak bagi solehh Al-Quran cuma tak ada kesempatan nak belikan lagi . Walaupun mungkin solehh dah ada Al-Quran sendiri , tapi wani belikan juga Al-Quran sebagai Hadiah Terakhir mungkin , hehe . Haa , solehh bukan tahu wani nak belikan dia Al-Quran , sebab dia tak baca blog wani jadi wani bagitahu jela dekat reader blog wani  .

Habis jalan-jalan semua , kami keluar PWTC tu pukul 03.00++ petang . Naik tren dari Putra ke Rawang . Fuhh ! Ramai orang dalam tren tu , alhamdulillah , dapat tempat duduk . Sampai Rawang , turun tukar tren ke Batang Kali . Masuk je tren ke Batang kali , tak ada tempat duduk , terpaksa berdiri dari Rawang ke Batang Kali , tapi wani dapat duduk juga , haha . Duduk bersila dalam tren tu . Alhamdulillah , sampai Batang Kali pukul 04.00++ petang . Sampai rumah , solat asar . Terus tidur . Sebab penat sangat .

InshaaAllah , jika ada rezeki , umur panjang , boleh pergi lagi tahun depan , hehe . Terima kasih baca entry wani kali nie . Wani dahlah jarang update cerita pasal apa yang wani buat , hehe . Jumpa lagi di entry akan datang .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


You Might Also Like

1 comments

  1. tak dapat pergi. sob..sob...

    btw, banyaknye beli buku!!

    ppsstt... same kite tak bace buku bi. hikhik

    ReplyDelete

Fanpage