Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Monday, June 30, 2014

Makanan Rohani Di Bulan Ramadhan .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini :

1 . Tadarus Al-quran sejuzuk sehari paling kurang .
2 . Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam . 
3 . Solat witir minima 3 rakaat semalam .
4 . Beri makan org berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari .
5 . Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari .
6 . Tahajjud setiap malam . 
7 . Solat Sunat dhuha setiap pagi .
8 . Sedekah setiap hari . 
9 . Pastikan sahur setiap hari .
10 . Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit .
11 .Tadabbur ayat suci Al-quran . 
12 . Ziarah orang-orang yang kurang bernasib baik .
13 . Kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan .
14 . Pilih makanan sunnah sebagai menu harian .
15 . Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik .
16 . Jauhkan aktiviti yang lagha .
17 . Zikir harian , banyakkan berdoa .
18 . Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam sehari .
19 . Ajari diri dengan sifat rendah hati . 
20 . Mudah memohon maaf dan memberi maaf .
21 . Menjaga dan merapatkan silaturrahim . 
22 . Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna . 
23 . Menjaga lisan , pandangan , pendengaran & hati daripada perkara-perkara yang dilarang .
24 . Tidak berlebih-kehihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka .
25 . Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib .
26 . Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga . ( suami & anak2 lelaki )
27 . Lazimi untuk kawal dan tahan marah , didik diri untuk lebih bersabar .
28 . Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang mahupun susah .
29 . Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan . 
30 . Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan .
31 . Ikhlaskan hati kerana Allah . Hadirkan Allah didalam hati , berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir buat kita .
Ketika kita sedang membaca , mesti terdetik dalam hati korang yang perkara-ii di atas sangat boleh jugak di lakukan dalam bulan bulan yang lain cumanya , jika dilakukan di dalam bulan Ramadhan ini , ganjaran pahala meningkat banyak . Allah itu Maha Pemurah (:


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Monday, June 23, 2014

Alhamdulillah . Fanpage dah mencecah 1k .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah , tadi bukak facebook . Fanpage blog ini susah mencecah
1000 ++ like . Sangat tak sangka sebenarnya . 
Tapi itupun atas bantuan korang dan
mereka juga kalau tidak kerana anda dan mereka mesti 
fanpage itu tidak akan sampai ke tahap itu . 
Wani cuba cari idea untuk aktifkan fanpage itu selain
post entry dalam blog je . Tapi buat masa sekarang tidak lagi .
Ada jugak rasa nak cari admin lagi sorang tapi ada tak yang nak ? Hehe .
Takpela , jika ada nanti PM je dekat SINI .
Wani tunggu orang yang sudi kendalikan fanpage itu supaya sentiasa aktif .


Syukran jazilan atas bantuan anda dan mereka kerana sudi like fanpage


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Saturday, June 21, 2014

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1435 H .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Memandangkan bulan Ramadhan akan tiba . Disini ada jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk Negeri Selangor sahaja , kerana tahun nie wani berpuasa di selangor . Tahun lepas , puasa di perak . Jadual Waktu Imsak & Berbuka puasa ini , wani ambik dari Blog HH .

|| Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Negeri Selangor ||





|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Giveaway Cash RM150 MrJocko

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hari Sabturian nie , wani tak tahu nak update apa , cuba jugak lah cari bahan bahan apa yang boleh dikongsi , tapi idea kosong lagi . Jadi hari sabtu nie wani cuma akan join segmen sahaja . InshaaAllah .

- Klik Banner Untuk Join -


Tarikh Tamat : 22hb 06 2014

Esok dah tamat segmen nie . Siapa yang tak join lagi tu , rajin kanlah menaip untuk join . Hanya tiga (3) orang pemenang akan pemilih , dan pemenang itu akan dipilih oleh Team Blooggers .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Sunday, June 15, 2014

Pilih Sahabat Ikut Cara Islam .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Sebelum nie follower blog wani ada 986 . Tahu-ii bukak dashboard blog tinggal 984 , hailahh ! tak tahulah mana dan siapa dua (2) orang follower wani yang hilang tu . Ermm , blog wani ada yang tak kena ke hah ? Atau wani ada sentuh sensitif seseorang ? Wallahualam . Asyik terfikir fikir . Kalau nak tegur blog atau wani boleh terus direct dekat fanpage wani ye ( SINI ) . InshaaAllah , wani orang yang terima dengan terbuka (:

Dekat sini , wani nak share bagaimana ingin memilih sahabat ikut cara islam . Eh ! Wani tak kata kawan kawan yang korang ada nie tak bagus . Kawan kawan kita semua bagus dan baik baik . Tapi wani percaya , dalam banyak banyak kawan tu mesti akan ada yang korang panggil sahabat . Sahabat itulah yang lebih bermakna . Wani cuma ingin berkongsi apa yang wani dapat dari sesebuah majalah ini .

" Lumrah menjadi seseorang manusia yang memerlukan kawan kawan untuk menghiburkan hati , menolong dalam pelajaran , membantu sewaktu susah dan lain lain , tetapi sahabat sejatilah yang akan sentiasa ada pada waktu susah dan senang kita . Jadi , pemilihan dalam berkawan itu penting . Jika kita tersalah pilih kawan , maka hidup akan menjadi sentiasa tidak tenang . "

 . Jika kamu memberi sesuatu kepadanya , si sahabat akan sentiasa menerima dengan baik .
 . Sahabat kamu akan sentiasa membalas perbuatan kebaikkan kepada kamu jika kamu sentiasa merapatkan silaturrahim dengan dirinya .
 . Si sahabat akan sentiasa berusaha untuk menolong kamu jika kamu dalam kesusahan .
 . Sahabat kamu akan sentiasa menutup aib kamu .
 . Sahabat kamu akan berbesar hati meminjamkan wangnya  jika kamu di dalam kesempitan wang dan memberikan tempoh yang lama untuk kamu mengantikannya kembali .
 . Sahabat akan cepat mengalah jika kamu mempunyai perselisihan faham dengannya kerana sangat menyayangi diri kamu dan persahabatan yang telah dibina bertahun lamanya .
 . Jika kamu sentiasa berbuat baik kepada sahabat kamu , maka dia akan sentiasa melindungi kamu .

" Teman teman karib pada hari itu ( hari kiamat ) akan saling bermusuhan diantara satu sama lain , kecuali mereka yang bertaQwa " ( Surah Az-Zukhruf : 67 )

Bukan sahabat saja , malah kawan juga boleh melakukan perkara yang sama seperti sahabat cuma mungkin ada perbezaan antara kawan dan sahabat itu . Wani ada sahabat , lelaki dan perempuan . Hahaha , merekalah tempat wani meluahkan , wani bergaduh , wani ketawa , dan segala segalanya . Doakan persahabatan kami hingga ke Jannah . InshaaAllah (:


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Saturday, June 14, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 14 Jun 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Friday, June 13, 2014

Syafakillah Kak Syuhada Baharudin

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Tengahari nie wani bukak dashboard blog , ada sesetengah entri mendoakan kesembuhan kak Syuhada Baharudin . Pertama sekali wani ternampak status acik di facebook . Agak terkejut jugak sebab wani baru je join GA yang dijalankan , kiranya wani baru kenal dia dan tiba-ii dikejutkan berita macam nie .



Kemudian , wani baca blog kak maria . Haa ! Dekat situ baru wani tahu detail yang kak syuhada dikatakan koma selepas semput dan pengsan . Sekarang kak syuhada sedang dirawat di KPJ Ampang Putri .


Walaupun wani tak kenal akak nie , tapi wani suka baca blog dia yang penuh dengan info yang bermanfaat . Nama blog dia pun Manfaat Kehidupan . Penuh dengan manfaat kami para blogger terhadap isi isi entri dia . Jom Terjah blog Akak Syuhada ini .

Ya Allah , Kau hilangkan penyakit Kak Syuhada Baharudin , sembuhkanlah , Engkau adalah Maha Penyembuh . Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu , kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit . Aamiiin Ya Allah .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  |


Thursday, June 12, 2014

Kesan Minum AIS semasa/selepas makan .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Siapa pernah minum atau makan air batu nie ? Haha . Mesti pernahkan . Baiklah , ada sikit info yang wani dapat bersumberkan daripada facebook . Wani pun suka minum air batu , bukan setakat minum malah gigit air batu tu .

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan , tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG !!!!
Kita tidak akan kehilangan apa-apa malah akan mendapat faedah dari amalan ini .

Kepada sesiapa yang suka minum AIS , artikel ini sesuai untuk anda baca . Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan .
Walaubagaimanapun , AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan . Ia akan memperlahankan penghadaman kita . Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus , ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT .
Jalan terbaik adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan .

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri . Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda .
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung .
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa . Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur .

Marilah kita berwaspada dan berhati-hati .
Lebih banyak kita tahu , lebih cerah peluang kita untuk terus hidup .
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata , jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain , beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa .
Bacalah , ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda !!! .



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Monday, June 09, 2014

Segmen Saya Mahu Doodle Dayang Deno

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

klik banner untuk penyertaan

**Perhatian
  • 30 Pemenang dicari
  • Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar
  • Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 


Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014

|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Sunday, June 08, 2014

Kenduri perkahwinan Dan Hangout .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , rezeki jumpa dengan kawan kawan lama waktu sekolah menengah dulu dekat kenduri seorang kakak senior . Haa , lama tak jumpa diaorang but especially dapat jumpa Aqilah Rozalie . Ya Allah , paling tak disangka sangka sekali .

Keluar rumah semalam pukul 10 lebih *awalnya* , wani tumpang kawan je . Kereta tak mampu nak bawa lagi . Tunggu kawan dari perak , gara-gara jem semalam , kami sampai dekat tempat kenduri pukul 01.00 ++ tengahari . Ramai juga yang datang . Kami ada jumpa senior-senior yang lain dalam kenduri tu . Pukul 02.30 petang baru kami balik . Makan dah lama habis tapi tunggu nak bergambar dengan pengantin , kenalah tunggu pengantin selesai dengan sesi potong kek . Haa , bila pengantin dah selesai . Kami ikut pengantin masuk rumah , then bergambar  . Wani tak ada dalam gambar pengantin tu sebab dalam otak nie terlintas tak tahu nak duduk dekat posisi mana , takkan tengah-tengah pengantin kut . Huuu ! Memang tak nak lah , haha . Kalau belakang pengantin macam tak cantik pulak gambar tu nanti , heee .

Muka suami kak nani macam BlackMentor :D

Dah makan , borak-borak , bergambar , kami pun bergerak untuk ke destinasi seterusnya . Haa , kami ada masuk bangunan kL festival city dekat dengan Danau Kota , tapi masuk tempat parking jela , cari punya cari tak jumpa parking , dah satu tempat parking tu kami kelilingi namun tak jumpa parking . Tak jumpa parking , kami pun keluar dari bangunan tu dan terus bergerak gi Selayang Mall .

Dekat Selayang Mall , subhanaAllah , tak sangka boleh jumpa AqilahRozalie . Itu pun AinZulaikha bagitahu " Qilah ada dekat dalam " , haha . Mata wani terus melilau cari dia dalam kedai DIY tu , okey nampak dia dekat kaunter bayaran . Selesai tunggu dia habis bayar , kami pun bergambar sekejap , hehe .

Sengaja blurkan gambar (:

Habis jumpa Qilah dan snap snap . Kami pun gi minum minum dekat kedai Ayam Penyet , minum je , tak lalu nak makan dah . Dekat kedai tu tak buat apa pun melainkan menyembang tapi wani senyap je , hanya cakap cakap dengan Ain Zulaikha je . Sebenarnya tak tahu apa fungsi pergi Selayang Mall , bila tanya kawan rupa-rupanya nak tunggu Hidayah Adnan , dia pergi rumah bakal ibu mertuanya .

Bila dayah dah muncul , kami pun bergerak balik sebelum tu hantar AinZulaikha dekat rumah dia dulu . Waktu nak bergerak balik nie lah macam-macam terjadi . Kawan yang nak balik perak tu sesat . Haa , nak cari mereka pulak . Mereka sesat dekat Kolej Komuniti Selayang . Ambil diaorang dan terus hala ke rawang dan hantar mereka masuk highway . Dah hantar diorang , wani dengan kawan pun terus balik .

Ya Allah , penat di badan tak terkata apatah lagi kawan wani yang drive disebelah . Alhamdulillah , sampai rumah  .

Sekian untuk cerita wani kali nie . Maaf kalau ada tersalah kata , terkasar bahasa .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Friday, June 06, 2014

Program di Maahad Al-Abbasiah .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Usaha nak publishkan entri ini , malam ini jugak sebab dah lama wani draf kan sejak malam sabtu lagi , hehe . 

Program nie dijalankan dekat sekolah lama wani , Maahad Al-Abbasiah , sungkai perak . Haa , program ini untuk pelajar-pelajar tingkatan lima (5) sekolah wani . Ermm , pelajar nya tak ramai pun tapi bolehlah untuk muatkan satu dewan , hehe . Cehh ! Macam ramai pulak bunyi nya , haha .

Prosedur untuk program ini semua kawan wani yang lakukan , wani hanya sekadar datang dan tengok , hehe . Sebenarnya nak share dengan mereka macam mana kehidupan di kolej wani tapi tak kesampaian sebab wani malu , hoho image . Jadi hanya sekadar datang tengok dan menambah orang .

Program nie , dua (2) hari dua (2) malam ( 30hb - 31hb ) tapi wani sempat join yang hari sabtu , program siang punya yang malam tak sempat sebab dah balik batang kali .

Yang wani dapat tahu . Bermula hari jumaat , program kami start petang jumaat .

Jumaat ( 30hb 05 2014 )

Haa , petang jumaat tu mungkin mereka adakan Negatif Positif sebab wani tengok gambar yang diterima ada conteng-conteng belakang kawan atas kertas *Nakkenamarahatasbaju* .



Ini program petang . Apabila matahari sudah terbenam , maka bermulalah episod di malam hari . Pada malam tu , kawan bagitahu mereka adakan ceramah Ikhtilat . Wahh ! Bagus bagus , walaupun perkara nie dah ramai orang ambik remeh , tapi bagi wani inilah perkara yang paling berat dalam usia seremaja ini . Haa , wani tak nak ceramah ikhtilat dekat sini , hehe . 



Sabtu ( 31hb 05 2014 )

Pada hari sabtu nie lah , wani dan kawan wani baru datang . Haa , agak lewat sikit , dalam pukul satu lebih tengahari baru sampai . Tapi takpela , sebab sempat join program mereka pukul 02.30 petang . Program petang tu tentang HalaTuju Selepas SPM . Slot kali nie membawakan kami supaya share macam mana kehidupan di waktu STAM , STPM , Asasi , Diploma , Persijilan dan Kerjaya ( SudahBerkerja ) . Kawan wani yang ambik STPM akan tampil dan terangkan bagaimana STPM itu , dan diikuti kawan wani yang ambik STAM dan seterusnya . Kebanyakkan daripada kami , ramai ambil Diploma , tapi tak semua yang tampil , hanya tiga orang sahaja , daripada kos yang berlainan . 


Lepas je habis slot tu , kami buat riadah dengan mereka . Wani ingatkan nak balik lepas slot tengahari tu , tapi kawan wani nak tengok mereka riadah . Wani pun on jela , takpe je , cuma takut balik malam . Ibu pun dah call banyak kali , tanya bila nak balik .

Waktu riadah ini , mereka main menggunakan tali , getah , bola pingpong , baldi , dan bola . Haa , rasa macam korang boleh tangkap mainan apa ? Hee . Haa , mereka tak boleh sentuh baldi dan bola tu tetapi mereka mesti menggunakan tali untuk bawa bola dan baldi itu . Dan sebagai nyawa , setiap kumpulan diberi belon , dan mereka kena jaga belon tu jangan sampai pecah . Kawan wani kata main Ratatula , haa macam tu la bunyi nya , haha .



Lepas habis riadah nie , semua buat hal masing masing , kendiri . Wani dan kawan pun balik sebab dah habis . Sampai rumah lepas maghrib . Alhamdulillah .

Yang balik keesokkan hari , kawan kawan wani ada plan program lain pada malam tu . Tajuk program tu wani tak tahu . Tapi adik wani cerita ada main lilin dan mereka kena pertahankan lilin tu . Haa , begitulah program terakhir untuk mereka . Alhamdulillah , selesai .

Ucapan untuk Pelajar Tingkatan 5 ( 2014 )

|| Nota Hati || . Jangan mudah putus asa . . Jangan lupa dekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan solat lima waktu , solat-solat sunat seperti sunat hajat , sunat tahajut dan  sebagainya . . Selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan . . Mohon maaf  dan  restu daripada kedua ibu bapa dan guru  sebelum datang ke sekolah dan masuk bilik peperiksaan . . Jawab soalan ujian dengan teliti dan memahami betul-betul kehendak soalan yang ditanya serta mengikuti arahan dan peraturan-peraturan  semasa di dewan peperiksaan . . Berusahalah dengan gigih untuk mendapat hasil yang cemerlang dan yang ditagih . . Bertawakkal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan gigih . . Man Jadda Wa Jadda . Do the best for family and important yourself (:



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||