Pilih Sahabat Ikut Cara Islam .

June 15, 2014

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Sebelum nie follower blog wani ada 986 . Tahu-ii bukak dashboard blog tinggal 984 , hailahh ! tak tahulah mana dan siapa dua (2) orang follower wani yang hilang tu . Ermm , blog wani ada yang tak kena ke hah ? Atau wani ada sentuh sensitif seseorang ? Wallahualam . Asyik terfikir fikir . Kalau nak tegur blog atau wani boleh terus direct dekat fanpage wani ye ( SINI ) . InshaaAllah , wani orang yang terima dengan terbuka (:

Dekat sini , wani nak share bagaimana ingin memilih sahabat ikut cara islam . Eh ! Wani tak kata kawan kawan yang korang ada nie tak bagus . Kawan kawan kita semua bagus dan baik baik . Tapi wani percaya , dalam banyak banyak kawan tu mesti akan ada yang korang panggil sahabat . Sahabat itulah yang lebih bermakna . Wani cuma ingin berkongsi apa yang wani dapat dari sesebuah majalah ini .

" Lumrah menjadi seseorang manusia yang memerlukan kawan kawan untuk menghiburkan hati , menolong dalam pelajaran , membantu sewaktu susah dan lain lain , tetapi sahabat sejatilah yang akan sentiasa ada pada waktu susah dan senang kita . Jadi , pemilihan dalam berkawan itu penting . Jika kita tersalah pilih kawan , maka hidup akan menjadi sentiasa tidak tenang . "

 . Jika kamu memberi sesuatu kepadanya , si sahabat akan sentiasa menerima dengan baik .
 . Sahabat kamu akan sentiasa membalas perbuatan kebaikkan kepada kamu jika kamu sentiasa merapatkan silaturrahim dengan dirinya .
 . Si sahabat akan sentiasa berusaha untuk menolong kamu jika kamu dalam kesusahan .
 . Sahabat kamu akan sentiasa menutup aib kamu .
 . Sahabat kamu akan berbesar hati meminjamkan wangnya  jika kamu di dalam kesempitan wang dan memberikan tempoh yang lama untuk kamu mengantikannya kembali .
 . Sahabat akan cepat mengalah jika kamu mempunyai perselisihan faham dengannya kerana sangat menyayangi diri kamu dan persahabatan yang telah dibina bertahun lamanya .
 . Jika kamu sentiasa berbuat baik kepada sahabat kamu , maka dia akan sentiasa melindungi kamu .

" Teman teman karib pada hari itu ( hari kiamat ) akan saling bermusuhan diantara satu sama lain , kecuali mereka yang bertaQwa " ( Surah Az-Zukhruf : 67 )

Bukan sahabat saja , malah kawan juga boleh melakukan perkara yang sama seperti sahabat cuma mungkin ada perbezaan antara kawan dan sahabat itu . Wani ada sahabat , lelaki dan perempuan . Hahaha , merekalah tempat wani meluahkan , wani bergaduh , wani ketawa , dan segala segalanya . Doakan persahabatan kami hingga ke Jannah . InshaaAllah (:


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


You Might Also Like

5 comments

  1. sahabat yang baik akan pimpin sahabat dia ke syurga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ! Kawan wani suka pesan macam tu :')

      Delete
  2. jika semua orang mengikut nasihat ini pasti tidak ada masalah kawan tikam kawan..terima kasih infonya

    ReplyDelete
  3. ya, bg saya 'kawan' dan 'sahabat' itu berbeza. bg sya, kawan adalah orang yg skadar mengenali tapi sahabat adalah teman yg setia disisi. (:

    sebab tu sya suke berkawan dengan semua orang tapi bila bersahabat, saya cuma akan bersama dgn orang2 yg dapaat mengingatkan saya pada Allah. insyaallah.

    "" Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."

    ReplyDelete

Fanpage