Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Friday, August 29, 2014

10 Pemuda .

 || Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Pemuda yang mempunyai iman yang kuat lebih menghormati dirinya dan sangat rajin dan berani demi kebenaran . Sama ada mereka pandai atau tidak , mereka akan sangat berjaya daripada yang berbakat dan pandai tapi yakin pada Allah lemah .

Keyakinan pada Allah mempunyai kekuatan luar biasa . Pemuda yang yakinnya betul pada Allah adalah 100 kali lebih kuat dan hebat dari pemuda yang paling hebat dalam dunia ini .

Inilah para sahabah , walaupun ada yang sangat rendah dan mundur sebelum itu . Bila dapat Islam seorang sahabar r.a cukup untuk menggegarkan dunia . Memberi kesan kepada dunia .

Kata khalid Al-Walid , cukup 10 orang bersamaku akan aku berhadapan dengan ratusan ribu musuh itu .

Mari kita sediakan 10 orang pemuda yang benar-benar yakin pada Allah dan cintanya pada Nabi SAW pasti dunia akan berubah .
" Ya Allah , berilah semangat kecintaan pada islam , perjuangan , dan NabiMu lebih dari segalanya . Tiada daya upaya melainkan kehendakMu . Jika Kau bersama kami , tiada yang mustahil "


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



Tuesday, August 26, 2014

Ya Allah . Mengapa aku ?

 || Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




" Jika tiada ujian dan dugaan , bukanlah kehidupan namanya "

Kenapakah aku di uji ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji ? "
( Surah Al-Ankabut : 2 )

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
( Surah Al-Ankabut : 3 )


Kenapakah aku tidak dapat apa yang di idam-idam kan ?

Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. "
( Surah Al-BaQarah : 216 )


Kenapa ujian seberat ini ?

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. "
( Surah Al-BaQarah : 286 )


Rasa kecewa ?

" Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. "
( Surah Ali Imran : 139 )

" Apabila kira redha atas sesuatu yang mengecewakan kita , maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka "


Rasa sedih ?

" Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. "
( Surah At-Taubah : 40 )


Bagaimana harus aku menghadapinya ?

" Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
( Surah Ali Imran : 200 )

" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. "
( Surah Al-BaQarah : 45 )


Apa yang aku dapat daripada semua ini ?

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga. "
( Surah At-Taubah : 111 )



Kepada siapa aku berharap ?
" Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar.
( Surah At-Taubah : 129 )


Aku sudah tidak dapat bertahan lagi ?

" Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. "
( Surah Al-Hijr : 56 )

Tanpa kita sedari kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan , padahal kita hanyalah hambaNya . Hamba tidak berhak menyoal , sebaliknya akan disoal . Namun , itulah kelemahan manusia . Kita sering alpa dan terlupa .

Paling malang , manusia kerap terlupa dirinya hamba . Terutama ketika diuji . Sebab itu Allah mengajar kita kalimah 'istirja' setiap kali diuji .

ان لله و إن اليه راجعون



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Novel : DIA Cinta Yang Kucari .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Wani tak pernah review novel yang wani baca . Dan kali nie nak cuba review .


Sinopsis DIA Cinta Yang Kucari .

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH .  Pada LUTH , PAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi . Sedangkan pada PAYED , LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya .      

“ Aku tak rasa aku cinta dia .  Dengan dia ni , aku rasa macam bad habit aje kut .  Payah nak singkir…” - FAREED AL-FATTAH

PAYED dalam penafian .  LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu .  Namun , atas dasar apa , dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri ?

“ Awak pada saya seperti air laut .  Semakin saya teguk , semakin saya kehausan…”  - FAREED AL-FATTAH

Menyedari kekurangan padanya , LUTHFIYA seringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya , Luthfina juga membenci . Dia sedar , PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman . PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYED melangkah .    

“ Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu , awak nak tak , ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap ? ”  - LUTHFIYA

Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan , PAYED menyambut dan menggenggamnya erat . 

“ Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni... ” - FAREED AL-FATTAH

Namun , perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH , adiknya sendiri .  PAYED memberontak dan LUTH reda menerima .

“ Aku nak yang macam Luth .  Fiya , Lee. Luthfiya .  Bukan Fina .”- FAREED AL-FATTAH

Dugaan yang menimpa membuatkan PAYED sedar .  Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan . Ketenangan LUTHFIYA , kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya .  Dia perlukan LUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji . 

Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi ?


Semenangjung Malaysia : RM 24.00
Sabah / Sarawak : RM 27.00


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Monday, August 25, 2014

Qawi Lillahi Ta'ala :')

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


La tahzan Wa La Tahinu ,
Jangan bersedih dan Jangan lemah .
Qawi Lillahi Ta'ala - Kuat kerana Allah

Allah turunkan hujan sebab nak hadiahkan pelangi .

Selagi kita mampu bersabar , sabarlah duhai hati .


Ya Allah ,
Aku tak mampu jadi yang terbaik .
Aku hanya mampu menjadi paling ikhlas buatnya .

Ya Allah , 
 Pelihara hatinya dari godaan syaitan ,
Berikan dia kekuatan untuk terus berdakwah . 
Lindungi dia dimana jua dia berada .

Ya Allah ,
Engkau lebih berhak ke atas dirinya dan hatinya ,
Berbanding aku .

Ya Allah ,
Tetapkanlah hatinya dalam mencintaiMu .
Janganlah Engkau membolak balikkan hatinya , tetapkan hatinya pada agama-Mu .
Jagalah imannya kerana kelak dia akan menjadi imamku .

Ya Allah , 
Aku semakin mengerti " JARAK " ini bukan untuk menghukumku , 
tetapi " JARAK " ini untuk MENJAGA aku dan dia .

Ya Allah ,
Bantulah aku untuk melangkah , seandainya dia benar milikku 
yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz , 
Seandainya juga dia baik untuk agamaku , kehidupanku , 
dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat , 
takdirkanlah dia untukku , permudahkanlah serta berkatilah dia untukku .

Namun , jika sebaliknya ya Allah ,
Engkau redhailah hatiku , Engkau jauhkanlah aku daripadanya 
dan jauhkanlah dia daripadaku .
Engkau buangkanlah jua segala rasa yang mungkin timbul ini ya Allah .

Ya Allah .
Jagakanlah dia untukku .


۞ Kenangku Dalam Doamu ۞



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Sunday, August 24, 2014

' Giveaway Merdeka Lestari '

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Giveaway merdeka,Kasihlestariabadi,2014
|| Klik Banner Untuk Join ||


Tarikh Tamat : 31hb Ogos 2014 .
Umum Pemenang : 02hb September 2014


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Blogger Baru .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Nak minta tolong pembaca-pembaca sekalian , boleh tak follow blog ini --> http://ladyyennjayy.blogspot.com/ . She is my housemate and roomate (:


Sekiranya korang dah follow , boleh tinggalkan jejak dalam shoutbox di blog beliau . Dia nie dah ada blog , tapi aku refer buat baru sebab atas kesalahan kod yang berterabur membuatkan aku pening nak buatkan . 


Dia baru nak start blog , jadi entry dia tak banyak lagi . Cum ada dua (2) sahaja . Takpe , nanti bila dia ada masa terluang , dia akan update entry . Btw , wani amat suka kata-ii rekaan dia :D


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Blog Simple .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Alhamdulillah , selama 3 hari 3 malam wani edit-ii blog nie . Wani bukanlah pakar dalam edit-ii ini , aku pun guna toturial-ii orang dan juga toturial wani sendiri .

Wani penat nak fikir warna apa yang patut aku letak dalam blog ini . Selama wani berblogging , aku dah guna warna kuning , pastu ungu (sekejap) , baru-ii nie warna gabungan kuning , pink dan turqoise . Sekarang warna hijau , cream ala-ii oren . Haa , memadai lah . Tak larat nak edit banyak-ii . Tak ada banyak beza pun . Sama je , cuma warna je bertukar .

Sebelum


Selepas



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Friday, August 22, 2014

Salam Takziah . Al-fatihah . Malaysia Berkabung MH17 .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani





hari berkabung,Malaysia,MH17,Sedih


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Dengan Dukacitanya ..

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Semalam je . Macam-ii terjadi , tak tahulah . Semalam macam hari berdukacita . Haa , akan ku ingat tarikh pada hari ini , iaitu 21hb Ogos 2014 .

Semalam je , dah tahu , takkan terima gaji minggu ini . RM 200 burn gara-ii kejadian yang tak disangka-ii itu berlaku . Kejadian apakah ? Huwaa ! Tak nak bagitahu . Sungguh tradis , dan harap-ii ini kali pertama dan terakhir kalinya berlaku dalam hidup wani . Memang tak sangka , cukuplah hanya Allah , orang itu , bos kecik dan wani saja yang tahu . 

Salam takziah buat sahabat wani . Ayah beliau telah kembali kerahmatuallah pada 21hb Ogos , jam 06.50 petang di rumah beliau sendiri . Semoga beliau sekeluarga sabah dan tabah dalam dugaan yang dihantar oleh Allah ini . Kita pun akan kembali kepada-Nya suatu hari nanti . Allah takkan datangkan sesuatu ujian diluar kemampuan hamba-Nya . Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah beliau . Semoga arwah tergolong dalam golongan orang-ii yang beriman .

Ya Allah seandainya ada kemampuan wani , dah lama wani datang ke kedah itu menjadi bahu buatnya , malangnya , wani tak mampu . Menyesal tak berguna , kalau bagitahu ibu awal-ii mesti ibuayah dah benarkan :'( . wani pernah jumpa dengan arwah sebanyak dua kali sahaja , tak silap .

Sampai disini saja coretan wani malam nie . Lailatul Saidan .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||





Wednesday, August 20, 2014

Wordless Wednesday #24 : Tulisan .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Tulisan siapakah ini ??
Maksudnya dia nak suruh kita berselawat semasa berkerja . Adakah begitu ??
Okeyy , wani terjumpa tulisan ini masa selak-ii buku akaun kedai .
Harap tuan empunya tulisan tak marah (:


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Wanita Solehah kah aku ??

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Wanita solehahkah aku???

Mampukah aku Menjadi Saidatina SITI KHADIJAH ?

Agung cintanya kepada Allah & Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama .


Dapatkah ku didik jiwa seperti Saidatina SITI AISHAH HUMAIRA' ?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan & penderitaan

Tiada sukar dilaksanakan .


Melihatkan pengorbanan puteri solehah SITI FATIMAH .

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan abuyyahnya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga .


Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup SITI SARAH .


Tabahkah jiwaku ?

Setabah UMI NABI ISMAIL

Menggendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada Allah

Itulah SITI HAJAR


MAMPUKAH AKU MENJADI WANITA SOLEHAH !!!

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah , harum tersebar

Bagai wanginya pusara MASYITAH !

Mudah-mudahan kita mendapat tittle solehah itu di sisi-Nya , InsyaAllah .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Monday, August 18, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Lirik Lagu : Insan Bernama Kekasih ( UNIC )

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Debar hatiku membisik merindu
Ingin aku katakan
Kau gadis idaman

Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan 
Insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar 
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan 
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan 
Mengusir segala resah di jiwa

** Kusampaikan salam ucapan mesra 
dan merisik khabar berita 
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba 
Mendengar khabaran darinya 
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh Tuhan
Kumohonkan keredaan 
Nur kasih yang kudamba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang kupinta
Kebaikkan dari-Nya 
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya 
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku 
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dengan 
Sujud penuh kesyukuran

Kuharap jalinan kan berpanjangan 
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepada-Nya

( Chorus ** )

Kauku sayangi
Teman sejati 
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih




|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Saat diri ini diduga .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Setiap luka , pasti merasai keperitannya .
Setiap orang pernah menghadapinya .
Siapa boleh jamin tiada sesiapa yang tidak pernah mengalami kesedihan dalam hidup mereka  Sedangkan Nabi-Nabi sendiri pernah diuji dengan kesedihan .

Usah bersangka-sangka dengan Allah bila diuji kedukaan .

Mungkin yang sebenar-benarnya Allah ingin mendekatkan dirimu kepada-Nya setelah terlalu lama berseronok-seronok , setelah terlalu banyak gelak ketawa . Tak tahu apa yang seronok sangat sehingga lalai .

Sekali Allah jentik ,
Terus terduduk !
Terkesima !
Mata berkaca-kaca .
Air mata mengalir berjujuran .
Saat dahi menyentuh bumi , tangisan semakin laju .

Come on wahai hati !
Move on !

Mahu tidak mahu ,
Tolak macam mana pun , ujian itu tetap akan kita hadapi setiap hari .

Kesedihan yang dialami , ia menjadikan hatimu lebih kuat , jiwamu lebih kental , akhlak mu terpelihara , dan kesabaranmu meninggi .

Adakah berbaloi semua itu dengan kesedihan yang dihadapi ?
Cuma satu ku pesan buat diri ini dan pembaca .

Ujian Allah itu samada akan mendekatkan diri kita kepada Allah atau semakin menjauhkan diri kita kepada Allah .

rugilah jika kita gagal dalam ujian ini .
Astaghfirullah 


|| Nota Hati ||Pakcik ! Semoga kamu baik-ii di sana . Jadilah khalifah yang berkepimpinan . Dan akanku letak namamu didalam doaku . Kenangku dalam doamu 


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Saturday, August 16, 2014

Doa Untuk Hati Yang Patah .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Nabi SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa , antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud , daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu :

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال 
‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

" Ya Allah , aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan . Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian . Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut . Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia . "

|| Nota Hati ||Assalamualaikum pembaca-ii yang berkunjung di blog wani ini . Wani nak minta tolong , tak banyak , hanya ingin meminta anda-ii sekalian mendoakan keadaan ayah kawan kembali sihat , agar beliau sembuh , dan sihat seperti sediakala . InshaaAllah .
اَللَّهُمَّ اَزِلْ عَنْهُ الْعِلَلَ وَالدَّآءَ، وَاَعِدْهُ اِلَى الصِّحَّةِ وَالشِّفَآءِ، وَاَمِـدَّهُ بِحُسْنِ الْوِقَايَةِ، وَرُدَّهُ اِلَى حُسْنِ الْعَافِيَةِ، وَاجْعَلْ مَانَالَهُ فِي مَرَضِهِ هَذَا مَادَةً لِحَيَاتِهِ وَكَفَّارَةً لِسَيِّئَاتِهِ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّـدٍ.
Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

" Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse "

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah , masih ada rasa rajin untuk join segmen-ii , hee . Lama blog wani tak sajikan segmen-ii blogger , errr , ke ?? Haa , abaikan . Petang nie , wani nak join satu segmen dari seorang blogger Pengedar Shaklee ( Sha Salleh ) .

Segmen Tingkatkan Trafik Blog By Irsyahealthyhouse.blogspot.com
|| Klik Banner Untuk Join ||


Tarikh Tamat : 26 Ogos 2014


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Monday, August 11, 2014

Kenduri Perkahwinan Abang Salam & Kak Aisyah .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , semalam berkesempatan pergi ke kenduri adik kepada bos , ia merangkap bos wani jugak , haha . Nah ! Wani jamu sikit gambar tapi abaikan tudung wani yang tak berapa betul saat tu dan baru tahu aku dah gelap ! Haha :D




Lepas dah makan , bergambar , masa untuk balik . Tapi ayah tak sampai lagi sebab ambik nenek dekat selayang untuk bawa gi ziarah rumah mak ngah . Sementara tunggu ayah tu , mesti bosan .

Ada pulak anak-ii buah pengantin nie yang sangat kelakar . Tergelak-ii wani dibuat nya . Budak-ii kan suka bergambar , sempatlah bergambar dengan diaorang , aku dah macam tenggelam dalam gambar tu :D




Diaorang sangat kelakar , ibu kata macam nak ngorat wani pulak . Ada yang sorang tu bagi wani duit RM 3 , siap tunjuk duit raya dioarang lagi , haha . Wani pesan suh simpan duit tu . Dioarang bagitahu adik beradik dioarang , tunjuk dekat wani yang mana adik beradik . Wani tanya yang pakai baju putih tu .

Wani : Nie adik beradik dengan siapa ?
Budak baju putih : Dengan al-Qassam .

Wahh ! Adik beradik dengan al-qassam , ada cita-ii , mungkin . Yela , budak-ii tu kan penghibur . Wani doakan semoga mereka jadi anak yang soleh dan solehah (:

Setiap majlis perkahwinan , pasti ada handgift pada para tetamu , handgift yang kami dapat , buku , kismis dan kerepek dalam satu beg . Baguskan ? Haa , jarang ada orang hadiahkan buku pada tetamu . Sorang pasti dapat satu , melainkan ada situasi-ii yang menyebabkan dia banyak handgift . Salah satunya situasi macam wani alami ini , haha .

Budak-ii itu : Akak , nak beg (handgift) ini lagi tak ?
Wani : ( Gurau ) Haa , nak nak .
Budak-ii itu : ( Datang Beramai dan letak handgift tu depan aku )

Ibu pandang dan gelak , kata " Kakak , ambik satu ja "
Okeyy ! Wani pun ambik satu ja , yang lain tak sentuh .

Dah habis makan , gelak tawa , berebut gula-ii , bergambar semua . Ayah pun datang , bila tahu ayah dah datang , wani bangun , dan hanya ambik satu beg handgift ja . Diaorang panggil " Kak wani , ambiklah semua ini , ambik , ambik bawak balik "


Haha , wani gelak jela . Wani pun ambiklah semua handgift tu , dan ibu suruh pulangkan nanti kepada bos kedai . Dan wani pun bertolak ke rumah makngah pulak . Sampai sini jela kenduri perkahwinan tu . Seronok dengan budak-ii tu :D


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

Mengubat Jiwa Kosong .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Setiap penyakit , pasti ada ubatnya kecuali mati . Sebegitu juga dengan jiwa . Apa-apa yang berkaitan dengan jiwa , mestilah mencari penawarnya dengan secepat yang mungkin kerana memulihkan jiwa mengambil masa yang agak lama .

Jiwa kosong ? Apa itu ? Sama ke dengan hati kosong ? Jawapannya , Ya ! Sama saja hati dan jiwa itu . Jiwa atau hati kosong bermaksud kemurungan .

Kenapa jiwa kosong ? Satu punca utama ialah tidak membaca Al-Quran dan mengamalkan perintah Allah dengan ikhlas .

Bagaimana kita nak mengubati jiwa kita yang telah kosong itu ? InshaaAllah , ada tujuh (7) cara untuk mengubatikan berdasarkan firman Allah .

 . Sentiasa beringat bahawa kita dilahirkan mulia .
Firman Allah :
" Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan . "
( Surah Al-Israa' : 70 )

 . Sentiasa beringat bahawa kita hidup bermasyarakat .
Firman Allah :
" (Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal salih. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)". Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya) . "
( Surah Asy-Syura : 23 )

 . Sentiasa beringat bahawa amalan baik dibalas baik .
" Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar . "
( Surah at-Taubah : 100 )

 . Sentiasa beringat bahawa kita disediakan dengan iman .
Firman Allah :
" Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima islam ; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya , nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit seolah-olah dia sedang mendaik naik ke langit . Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman . "
( Surah al-An'am : 125 )


 . Sentiasa beringat bahawa kita perlu sentiasa menolak kejahatan .
Firman Allah :
" Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat . "
( Surah ar-Rad : 22 )

 . Sentiasa beringat bahawa tidak leka daripada berdoa .
Firman Allah :
" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul . "
( Surah al-Baqarah : 186 )

 . Sentiasa beringat bahawa berjemaah di masjid .
Firman Allah :
" Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat- sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk . "
( Surah at-Taubah : 18 )


|| Nota Pintu ||Alhamdulillah , ilmu ini wani rujuk dari buku Gen-Q . Semoga apa yang baik itu ambiklah untuk kebaikkan diri kita . Segala yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu datang dari Allah tetapi disandarkan kepada diri wani .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||