Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Monday, August 18, 2014

Lirik Lagu : Insan Bernama Kekasih ( UNIC )

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Debar hatiku membisik merindu
Ingin aku katakan
Kau gadis idaman

Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan 
Insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar 
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan 
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan 
Mengusir segala resah di jiwa

** Kusampaikan salam ucapan mesra 
dan merisik khabar berita 
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba 
Mendengar khabaran darinya 
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh Tuhan
Kumohonkan keredaan 
Nur kasih yang kudamba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang kupinta
Kebaikkan dari-Nya 
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya 
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku 
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dengan 
Sujud penuh kesyukuran

Kuharap jalinan kan berpanjangan 
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepada-Nya

( Chorus ** )

Kauku sayangi
Teman sejati 
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih




|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

1 comment: