Wanita Solehah kah aku ??

August 20, 2014

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Wanita solehahkah aku???

Mampukah aku Menjadi Saidatina SITI KHADIJAH ?

Agung cintanya kepada Allah & Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama .


Dapatkah ku didik jiwa seperti Saidatina SITI AISHAH HUMAIRA' ?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan & penderitaan

Tiada sukar dilaksanakan .


Melihatkan pengorbanan puteri solehah SITI FATIMAH .

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan abuyyahnya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga .


Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup SITI SARAH .


Tabahkah jiwaku ?

Setabah UMI NABI ISMAIL

Menggendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada Allah

Itulah SITI HAJAR


MAMPUKAH AKU MENJADI WANITA SOLEHAH !!!

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah , harum tersebar

Bagai wanginya pusara MASYITAH !

Mudah-mudahan kita mendapat tittle solehah itu di sisi-Nya , InsyaAllah .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||

You Might Also Like

4 comments

  1. In Shaa Allah, mudah2an... Amin...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...

    Insaallah.. sesama kita berdoa menjadi setabah dan sekuat sri kandi islam ini. Mencontohi wanita2 solehah ini menjadikan hati semakin kuat untuk merindui dan mencintai perjuangan Rasullulah saw dan sahabat2,pengikut sahabat, dan pengikut kepada pengikut sahabat. Terasa kerdil diri ini..

    mselim3

    ReplyDelete
  3. in syaa Allah... klu hendak mesti dpt... jom kita istiqamah...

    jom join GA
    http://putributterflypunyablog.blogspot.com/2014/08/1st-giveaway-selamat-hari-lahir.html

    ReplyDelete

Fanpage