Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Friday, October 31, 2014

Housemate .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , wani berkesempatan nak update blog dengan bercerita . Penglipur lara kah aku ?? Haha . Tidak lah . Wani sekarang tengah cuti midsem . Balik selangor , teringat kawan-kawan ( housemate ) Di Kuala Kangsar . Rindu kah ? Haha . Maybee .

Housemate wani sangat kelakar dengan teletah dioarang yang pelbagai ragam , ada yang menyendiri , ada yang huha huha , ada yang sentiada dengan headphone , ada yang layan korea , hahha . See ? Pelbagai ragam kan diaorang . Alhamdulillah , wani dikurniakan housemate yang baik , tidak kedekut , tidak berkira , saling tolong menolong , alhamdulillah .

Housemate wani , ada 10 orang sepatutnya , tapi seorang dah pindah rumah sewa lain , jadinya kami hanya tinggal 9 orang . Housemate wani kebanyakkannya Kedah dan Perak . Wani sorang je orang Selangor image . Yang sembilan(9) orang tu dua(2) daripadanya ambik degree . Dalam rumah tu ada tiga(3) orang junior , semester bawa kami , dua(2) sem tiga(3) dan lagi sorang sem satu(1) .

AtiQah AfiQah , Hidayatun , Adila Sazwanie

Gambar dekat atas tu , haa ! Tu la gambar adik junior rumah sewa wani . Mereka bertiga , yang pakai niQab dua(2) orang tu sorang ambik jurusan Kaunseling Islam dan sorang lagi ambik Kewangan islam , dan yang tengah tu ambik jurusan Bahasa Arab Pendidikan .

Dan kami yang senior , tiga(3) orang dalam rumah tu ambik jurusan Kaunseling Islam , iaitu NJ , Fida , dan Kak Khaulah . Seorang ambik jurusan Pengajian Islam , siapakah ? Haa , syazwani dan lagi dua(2) orang ambik degree jurusan Pengajian Islam iaitu Maizatul dan Ika Zainal . Haa , cukup tak sembilan(9) orang ? Cukup !  . Atas tu detail kami satu rumah .

Sekarang wani nak cerita dalam ragam memasak . Dalam rumah tu , ada beberapa orang yang rajin masak . Haa , wani kah ? Haha . Bukan , wani suka mengemas je , memasak untuk diri sendiri adalah tapi jarang image . Yang wani maksudkan disini yang rajin masak untuk satu rumah . Haa , nama dia maizatul karmila *sedapnamakau* , dia nie budak degree . Bukan dia saja , adalah beberapa orang lagi seperti AtiQah AfiQah , wani panggil dia tiQa fiQa , hee . Yang lain pun rajin masak juga , tapi kebanyakkannya masak untuk diri sendiri . Rumah wani tak ada rice cooker , jadi yang rajin masak nasi atas api adalah WahidaNabila ( NJ ) . Marah dia kalau tahu wani tulis nama WahidaNabila nie , hehe . Semua orang akan panggil NJ . Nah ! Aiskrim untuk hang  . Yang rajin buat air dalam rumah tu , hidayatun . Dia suka sangat buat tea o ais  . Yang suka masak maggi dalam rumah tu , kak khaulah dengan atiQah afiQah , dan wani akan minta tolong tiQa fiQa masakkan wani punya sekali . Malas kan ? Hahahaha . 

Dan dalam rumah tu jugak ada bonda , umi , ibu , dan mama . Macam mana tercetusnya panggilan-ii macam tu tak tahu lah . Macam kelakar pun ada . Seingat wani masa diaorang create nama-ii macam tu memang bising satu rumah . Bukan nak kata apa , tapi semester nie lah rumah sewa wani tu macam bising-ii , boleh dikatakan majoriti semua sekepala . Kalau semester dulu macam senyap senyap sikit . Nak keluar gi makan malam pun hanya dua(2) , tiga(3) orang je . Tapi semester nie , kalau keluar makan malam , haaa , macam kena tambah meja lagi satu . Boleh dikatakan semua akan keluar sekali . Ini ragam satu kepala .

Dalam rumah wani tu , ada tiga(3) orang business woman . Business apakah yang mereka buat . Haa ! Meh wani promote kan . Seorang buat business topup , seorang lagi buat business jual niqab , handsock , shawl , jubah dan seangkatan dengannya dan sorang lagi tak tahu dia buat business apa ? Hee . Tapi dia memang ada business sendiri . Yang buat business niqab tu , kalau anda semua nak tahu dia jual apa lagi , bolehlah lawat Fanpage Facebook dia . Mardhatillah Collection . Barang meniaga dia dalam rumah tu ada satu kotak , dan kekadang adalah beberapa orang housemate wani akan teman dia gi pejabat pos untuk pos barang kepada customer . Yang buat business topup tu , dia baru mula melakukan business topup nie , jadi memang housemate wani dan kawan-ii rapat dia jela yang tahu .

Tak kurangnya juga cerita korea ada bersarang didalam rumah sewa wani tu . Haa , cerita korea ada , running man pun ada juga . Adalah beberapa orang akan layan korea termasuklah wani . Wani akan tengok kalau orang bukak dan tak ada cerita lagi selain korea . Kalau ada cerita lain yang best , tengok cerita yang best tu la . Haa , ada rumah tu running man pun ada jugak . Mereka nie tengok runningman sebab kelakar , tergelak gelak tengok nya . Tapi takpe jela . Tak adalah sampai terikut ikut orang korea . Tengok hanya sekadar suka suka .

Kalau bab keluar ke kedai , haa . Sesiapa pun boleh . Tapi kebanyakkannya tiQa fiQa dan eton akan ke kedai , kekadang naik kereta wani , dan kekadang naik motor salah seorang daripada mereka . Tak susah pun , hulurkan duit dan diaorang akan tolong belikan tapi tidaklah sampai buli mereka . Kalau kebetulan mereka nak ke kedai barulah boleh kirim-ii bagai . Bak kata seseorang , no money no talk , hahaha . Haa , kirim je tak boleh kenalah hulur duit .

Rasanya cukup sampai sini jela yang wani cerita walaupun banyak lagi sebenarnya ragam-ii mereka tak kurangnya wani jugak . Semoga Ukhwah itu akan terjalin selamanya . InshaaAllah .

** gambar kami serumah belum ada lagi , tapi akan dibuat suatu hari nanti . Mungkin .


" Taman yang disirami kasih sayang menyuburkan keimanan mengharapkan keredhaan Tuhan menjalin ukhwah menyemai cinta dan kasih ilahi agar tersemai islam dihati "



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



‘ Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak ‘

 || Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz | MahaMahu | Yanty Lee | Afzal Sukasuki | Mawar Biru | Cik Pjaz | Ieta Mat Sa’ad | Mohamad Nasir | Yan Saflina | UmmiMama |Mohd Noor Shawal | Dila KazUha | Doktor Pemasaran | Helmi Julia | Nadia Johari | Suzlin Azreena Nordin| Nurul Syarafina II | Khaty Aiman| KyLe Kesha | Cik Yaya | Putery Memory | Edo Hayra | Delima Zamrud | Karen Nisa 

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Wednesday, October 29, 2014

Jangan Menikahi 6 Golongan Wanita .

 || Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud : 
" Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu :

01. Wanita Ananah ( Suka Mengeluh ) :
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini . Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati .

02. Wanita Mananah :
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

03. Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain , yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya .

04. Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak .

05. Wanita Basaqah : Ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

06. Wanita Syadaqah :
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



Monday, October 27, 2014

Lirik Lagu : You Are The One ( Raef )

 || Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


I thought of this before over a million times
Who would've ever thought that it would be our time ?
I just know it 'cause you're the one

It ain't a selfish love when i'm with you
You remind me of Allah so i know it's true
I'll just say it you are the one

Won't you be my bff and ever ?
Won't you be my partner after this world ?
We'll see it
When we believe it together
Dreams are meant to be
Cause you're the one for me

I never thought that i would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I'll just say it 'cause you're the one

And when times are tough , and we've got the world to see
Standing right beside you is where i want to be
I just know it you are the one

Won't you be my bff and ever ?
Won't you be my partner after this world ?
We'll see it
When we believe it together
Dreams are meant to be
Cause you're the one for me

I prayed about this just over a million times
Who would ever thought that i could call you mine ?
I just know it 'cause you're the one !
And when there's gray in our hair
And we've not much to do
I want to spend the rest of my days with you ..

Oh don't you know it ?
You are the one
You are the one
Oh won't you be the one ?




|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



Saturday, October 04, 2014

Lirik Lagu : Perutusan Rindu ( Taleeb Mizad )

 || Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Bagaikan butir embun
Menitis di daunan
Mula hari baru laman kehidupan

Walaupun sedetik
Namun tak pernah pudar
Hulur kedinginan dan segar

Diriku hanya
Untuk tumbuh meliar
Terdampar sepi
Terasing terbiar

Menanti kerinduan kau utus
Mungkinkah dijelmakan
Sebuah kebahagiaan

Selagi rindu terarah
Ku redha dan pasrah
Kerna yakin setiap tak akan musnah

Selagi rindu bersyariat
Pasti janji bersyarah
Biarpun kedinginan dibatasi

Kerna cinta yang tulus
Lahir dari keimanan
Terima takdir perutusan rindu

Diriku hanya
Untuk tumbuh meliar
Terdampar sepi
Terasing terbiar

Menanti kerinduan kau utus
Mungkinkah dijelmakan
Sebuah kebahagiaan

Selagi rindu terarah
Ku redha dan pasrah
Kerna yakin setiap tak akan musnah

Selagi rindu bersyariat
Pasti janji bersyarah
Biarpun kedinginan dibatasi

Kerna cinta yang tulus
Lahir dari keimanan
Terima takdir perutusan rindu

Terima takdir perutusan rindu




|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



Penat .

 || Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Seringkali aku ingatkan pada diri . Walau penat , jangan berhenti kerana di sini bukan tempat rehatmu , kerana di sana ada kematian yang menantimu sebagai kerehatan yang abadi dari segalanya . Walau terkadang jemu , ku gagahkan diri untuk terus melaluinya , kerana keseronokan yang diimpikan hanyalah di Jannah sana , yang jauh lebih kekal dan hebat keseronokannya .


Menjadi manusia ini , terkadang dihinggapi dengan rasa penat dan bosan .
Penat menjadi manusia ? Bosan menjadi manusia ? Ada kala rasa tak nak hidup dah ?
Itulah yang dialami hati , tatkala matlamat kehidupan tidak diperjelas , janji Tuhan tidak diingati .


Saya sendiri seringkali dihinggapi penyakit ini .
Ya , dan tika saat itu , akan menjadi saat-saat terburuk dalam hidup saya .
Saya akan menghabiskan masa untuk menyendiri , mengasingkan diri dari orang sekeliling , berusaha mencari jawapan kepada persoalan yang tidak sudah .
Diri memang tidak berupaya untuk memberi kepada ummah , apatah lagi jika membicarakan soal produktiviti dan dakwah .
Namun sisi positifnya , saya mengganggap rasa-rasa ini sebagai hadiah dari Allah untuk saya bermuhasabah . Bermuhasabah mengenali siapa diri saya yang sebenarnya , ke manakah kehidupan ini ingin dilayarkan ?


Dan untuk itu , terima kasih Allah.


Kerana perasaan-perasaan negatif itulah menjadi wasilah Allah mempertemukan saya dengan ramai insan-insan istimewa yang berusaha membantu saya mengenali keistimewaan dan potensi diri .
Jujurnya , setelah fatrah kehidupan sebagai remaja di alam menengah persekolahan , saya mengalami masalah keyakinan diri yang sangat teruk .
Syukur , Allah telah membuka mata saya bahawa , selama ini saya tidak pernah sendiri . Ada ramai insan yang mengambil berat serta menyayangi saya .
Dan yang paling penting , ada Dia yang tidak pernah jemu bersama saya .


Ya , kerana penat dan bosan itulah , saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih optimis dan positif . Dan saya juga belajar satu pelajaran penting , jika diri tidak disibukkan dengan kebaikan , maka mudah sekali Syaitan mengheret ke arah kejahatan .


Tika penat , berhentilah seketika untuk kembali memuhasabah perjalanan kehidupan .
Tapi sekali-kali , usah kau berhenti , kerana kehidupan ini teramatlah panjang kehidupannya , dan bukanlah landasan yang tepat bagi orang-orang yang sudah berputus asa di pertengahannya .



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



Lirik Lagu : Patah ( Stacy )

 || Assalamualaikum ||



Terjaga
Dalam dunia tak bermaya
Dimensi tanpa cahaya
Diselubungi fobia

Terdengar
Bagaikan dibawa angin
Kuat jantung ku berbunyi
Laju darahku mengalir

Pernah ku terperangkap
Di dalam tubuh sendiri
Cuba untuk melangkah
Keluar penjara ini

Derasnya jantungku rebah patah sayapku
Terbanglah kamu terbanglah tanpa diriku
Percaya oh percayalah takkanku serahkanlah
Akan ku bangun tanpa cintamu

Terpana
Ku terdengar dalam lena
Ku terlihat semuanya
Biarpun ku pejam mata

Suara
Kau dan dia dalam damba
Kau ulangi kata kata
Yang pernah kau ucapkan padaku

Pernah ku terperangkap
Di dalam tubuh sendiri
Cuba untuk melangkah
Keluar penjara ini

Derasnya jantungku rebah patah sayapku
Terbanglah kamu terbanglah tanpa diriku
Percaya oh percayalah takkanku serahkanlah
Akan ku bangun tanpa cintamu

Selagi air masih mengalir
Takkan ku biarkan saja semua
Terkubur
Memang ternyata ku tak rela

Selagi diri masih berani
Takkan ku biar lagi hati dilukai
Selamanya

Derasnya jantungku rebah patah sayapku
Terbanglah kamu terbanglah tanpa diriku
Percaya oh percayalah takkanku serahkanlah
Akan ku bangun tanpa cintamu



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||