Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Friday, January 30, 2015

" 12 Days Of kisahamydotcom Giveaway "

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Assalammualaikum semua...
First Mini Giveaway kisahamy.com... Jemput kawan2, sudi2 kan sertai giveaway ini...

Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada semua blogger, tapi dengan syarat mesti la kene jadi follower kisahamy.com
2. Jadi Follower aienainirazali
5. Copy coding dibawah dan tinggalkan link anda di kotak komen sini ye :)


Dua (2) pemenang akan dipilih melalui random.org



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


"First and Simple Giveaway oleh Cik Iman"

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

|| Klik Banner Untuk Join ||


Cik Iman mencari lima (5) orang pemenang . Memenangi topup RM 10 .

Follow Cik Iman ( 365 )

Tag :


Tarikh Tamat : 31hb Januari 2015



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Segmen | Pencarian Bloglist oleh Mrs. Marble

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


|| Klik Banner Untuk Join ||


Tarikh Tamat : 15hb Februari 2015



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


MINI GIVEAWAY BY AKU JEJARICOMEL

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


|| Klik Banner Untuk Join ||


HADIAH ADALAH IKHLAS SEPERTI

1x helai Sejadah Dari Mekah Al-Mukarramah serta seutas Tasbih
( Tapi Berbaloi-baloi untuk harian )


TARIKH TUTUP

Penyertaan berlangsung sehingga 30 Januari 2015
jam 11.59 malam

Pemenang akan diumumkan pada 1 Februari 2015
jam 8.00 malam



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


|| Klik Banner Untuk Join ||


Tarikh Tamat : 30hb Januari 2015 .


20 Pemenang akan dipilih secara random .



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Thursday, January 29, 2015

Group ID

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sekarang ini wani baru berjinak-ii dalam perniagaan online . Ermm , susah jugak ek nak cari orang . Ramai yang minta PM je , tapi tak beli pun . Takpe , adatlah kan meniaga , hahaha . 

Haa , wani baru tahu kalau nak meniaga-ii iklan dalam group fb kena bayar duit . Aduhhh ! Celah mana pula wani nak cari duit semata promote dalam group sebab belum tentu orang nak beli . Jadi wani terpaksa leave group tu dan group yang ada pending post sebab wani tahu post wani takkan di approve .

Wani promote dekat group iklan yang tak ada syarat je dan boleh post tanpa ID atau syarat-ii lain . Ada jugak group yang tak yah bayar tapi kena masukkan 50 ahli , 200 ahli , 20 ahli . Bukan tak nak masukkan . Takut orang tak suka , yela nama kena petik . Tadi kemaskini group , baru tahu wani banyak masuk group iklan . Haaa , orang petik la tu , haha . Tapi takpe je . Wani dah leave , hehe .

Macam mana ye nak buat orang beli barang kita ? Hehe . Takkan nak kena post dekat group setiap masa , nanti orang pun rimas dengan post kita , silap-ii boleh kena remove dari group , haaa , haha . Sekarang nie wani ambik pendekatan post dekat group yang ada sambutan , walaupun hanya PM dan upload gambar dalam instagram . Hanya tawakal je mampu .

Okeyy , tu je yang wani nak cerita . Kalau ada idea apa-ii boleh la comments atau kalau anda nak bantu wani ^^ .



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Saturday, January 24, 2015

Niaga Online . Niaga apa ? ( Baca Sini )

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Wani baru nak berjinak-ii dalam niaga online nie , tapi bukanlah barang wani sendirian berhad . Hanya tolong orang . Wani tolong bos yang wani pernah kerja sebelum nie . Bos nie ada kedai dekat Batang Kali . Sape duduk batang kali tahu la sebab bagi wani ada satu kedai yang betul-ii kedai buku je dekat situ .

Antara barang nya :

 . Cd . 
Semua cd adalah original . No cetak rompak . Hanya ada CD nasyid islamik , CD al-Quran , CD mengejarkan umrah , CD doa dan CD kanak-ii mengaji pun ada . Seperti Hafiz Hamidun , Qasidah , Farid Sanullah , DaQmie , Sigma , Ustaz Asri , Hijjaz , Simfoni ,  Ustaz Zambri , UNIC dan sebagainya .

Ini adalah CD terbaru Qasidah ( Buatmu Mawar Ya Rasulullah )


 . Novel .
Semua novel terbaru dan lama jugak ada . Jika ada permintaan novel untuk dicarikan mungkin boleh dipertikaikan .


 . Buku-ii Islamik | Buku Kanak-ii .
Buku-ii yang terbaru keluaran PTS , Kemilau Publika dan sebagainya . Juga ada . Seperti yang terbaru kini , Buku Catatan Mat Lutfi , Amoi Berhijab ( FelixiaYeap ) dan Buku UAI ( Deme wasap Ambe reply )




 . Tasbih .
Haa , tasbih pun ada . Kayu dari tasbih tu inshaaAllah brkualiti , tasbih yang biasa pun ada . Gambar contah tak ada . Kalau ada akan diupdatekan .

 . Jubah .
Jubah yang ada hanyalah jubah lelaki . Jenama yang ada Jubah Aidil , Jubah Harmain , dan lain-ii . Gambar jubah tu akan diupdatekan . Jubah yang ada cap dekat belakang tu pun . Harga ? wani tak runding dengan bos lagi macam mana . Tapi harga inshaaAllah berbaloi .

Haaa , macam satu kedai pula terpromote . Tapi macam basic bos nak jual online hanya buku , CD , novel . Haa , tu jela yang wani tahu . Kalau nak tahu lebih lanjut boleh lawat ke Facebook DuniaIman . Atau whatsapp saja dekat no wani +0147259477 .


Untuk pendahuluan , disini dahulu . Apa-ii akan diupdate semula .




|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


"1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com"

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

|| Klik Banner Untuk Join ||

Jom sertai segmen blogger yang penuh cerita citra ini , hehe .

Tarikh Tamat : 31hb Januari 2015 .



Mengenai Blog kak farah a.k.a bubblynotes

Wani tak tahu nak cerita apa pasal blog kak farah nie . Sebab banyak yang baik-baik nya , hehe . 

Wani ikuti blog kak farah nie dari kak farah bujang sampailah kak farah kahwin dan dah anak sorang yang banyak gelagatnya , ash :D . Sekarang kak farah pun dah digelar blogger mama ash . Dan blog kak farah diantara blog yang terbaik di Malaysia .  Tahniah ! 


Blog kak farah masih lagi warna pink dari dulu sampai sekarang , hehe . Dulu blog kak farah meriah-ii gitu , hehe sekarang hanya simple je walau apapun tetap menarik . Nice blog (:

Wani suka pergi blog kak farah sebab banyak info harian yang wani boleh dapat daripada blog kak farah . Tentang penjagaan diri dalam kehidupan , kehidupan kak farah sebagai mama ash , sebagai pekerja dan ketelah-ii ash yang mencuit hati dan sebagainya . Blog kak farah banyak manfaatnya . Dari perkongsian kak farah wani tahu banyak benda , inshaaAllah . Kak farah seorang insan yang Allah jadikan kuat dalam menghadapi hidup .

Akhir kata , semoga ilmu yang kak farah kongsikan di blog dirahmati Allah dan banyak manfaatnya kepada orang yang membaca . Semoga penulisan kak farah takkan berhenti dipertengahan jalan dan akan diteruskan selagi mana kak farah mampu untuk kongsikan bersama orang yang membacanya . Murah rezeki pahala kak farah dalam dunia blogger ini . Semoga kak farah berjaya di dunia dan akhirat . Wallahu a'alam .

Sekian . Dari saya , Syazwani Zunidan 



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Tiga Sebab Untuk Berpurdah .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Antara 3 Sebab Untuk Berpurdah

 Pertama seseorang itu berniqab kerana kecantikan dan kejelitaan wajahnya sehingga wajahnya menjadi fitnah dan tarikan seorang lelaki sehingga menaikkan syahwat .
Dalam keadaan ini wajib untuk dia berpurdah .

 Kedua diharuskan seseorang itu untuk berpurdah kerana memiliki wajah yang kurang cantik atau mempunyai kecacatan pada wajahnya sehingga dia menjadi bahan ejekan , cacian dan hinaan .
Oleh sebab itu dia , mahu menutup keaiban dirinya .


 Yang ketiga , berpurdah bagi seseorang yang merasai dia mampu untuk menjaga dan memelihara kecantikannya hanya untuk tatapan suaminya..
Juga menjadi ibadah dan sama dengan perbuatan isteri-isteri Rasulullah saw dan para nabi .

Itulah antara tiga sebab mengapa orang memakai purdah , tetapi zaman sekarang antara tiga sebab tu macam dah tak ada . Hanya lah fesyen dan suka suka sahaja . Moga istiQamah sesiapa yang memakainya lillahitaala (:



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Menyembunyikan Aib Orang .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


B e l a j a r  m e n y e m b u n y i k a n  a i b  o r a n g

Pada zaman Nabi Musa as berlaku satu kemarau yang panjang.

Nabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.

Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah swt . Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah swt,

" Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku. "

Lalu Allah swt menjawab,

" Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat. "

Sejurus itu bertanya Nabi Musa as kepada umatnya,

" Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini. "

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.

Lalu dia pun memohon agar Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.

Tak lama selepas itu , hujan pun mula turun . Nabi Musa as kehairanan . Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini , tetapi Allah menurunkan hujan .

Lalu Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt lagi,

" Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah? "

Lalu , ALLAH swt menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.

Nabi Musa bertanya kepada Allah,

" Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu? "

Allah swt menjawab,

" Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya , adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu? "

Banyak yang kita boleh belajar ya .

 JAUHI MENCUNGKIL AIB ORANG.
 TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA KITA.
 UMAT TERBAIK HANYA CAKAP YANG BAIK SAJA.
 DUNIA DIPENUHI KINI DENGAN BENDA-BENDA YANG NEGATIF, JANGAN DITAMBAH LAGI.


K I T A  J A D I L A H  U M A T  Y A N G  M E N G A B A R K A N  H A N Y A  K E B A I K A N



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


Friday, January 23, 2015

"Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"

|| Assalamualaikum ||
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Segmen ringkas untuk mencari 15 blog untuk disenaraikan dalam bloglist Truly Love. 

Syarat Penyertaan:

1. Follow blog Maria Firdz
2. Follow +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Feb - Mac 2015"
4. Copy coding di bawah dan pastekan di ruang HTML new post.


5. Publishkan entry dan tinggalkan URL penyertaan di ruangan komen entry ini sahaja.

Segmen bermula 15 Januari 2015 hingga 30 Januari 2015.
Kesemua pemenang akan dipilih melalui random.org.

Jom sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

Terima kasih atas sokongan semua... 

Happy blogging (^_^)

Salam Sayyidul Ayyam (:

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Lirik Lagu : Selalu Bersama ( IM Nazrul , IM Fakhrul feat Fakhrul UNIC )

Andai kau rasa
Indahnya cinta
Kau ingin selalu bersama

Setiap saat
Setiap waktu
Seakan tidak jemu

Begitulah jiwa
Yang kekosongan
Iman jangan dipisahkan

Saat kau hadir
Memberi kekuatan
Membakar semangat perjuangan

Jagalah dia
Hiasilah dia
Agar sentiasa bersedia

اللهم احينا بالإيمان
اللهم وأمتنا بالإيمان
 اللهم واحشرنا بالإيمان
وادخلنا الجنة مع الإيمان

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan dalam iman
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukan ke syurgaMu dengan iman

Terkadang selalu leka dan alpa
Itu lumrah manusia
Segeralah mohon taubat padaNya
Keampunan juga keredhaan
Selalu Bersama


*Jatuh cinta dengan lagu nie .



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


WhatsApp web .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




















Wani tahu rata-rata dekat sini pasti pengguna smartphone dan android kan ? Dan pasti la anda jugak pengguna applikasi whatsapp . Okeyy , sekarang whatsapp dah boleh guna dekat komputer . Tapi kena update whatsapp latest version dahulu .

Hanya pergi dekat laman web whatsapp dan scan code bar yang ada di komputer guna henset anda . Bila code bar tu dah detect , ia akan connect ke komputer . 


Macam mana nak detect code tu ?
Okeyy , anda ke menu dan pilih whatsapp web .


Bila dah detect , automatik akan naik conversation whatsapp anda . 


Jika anda nak chat dengan orang baru . Tekan yang macam bentuk chat sebelah bintik tiga tu .



Dah puas guna dekat komputer ? Nak guna dekat smartphone pula . Haa , macam laman sosial lain kalau tak nak guna boleh log out kan ? Macam tu jugak dengan whatsapp . Anda boleh log out selepas habis digunakan .


Kalau guna dekat komputer whatsapp baru masuk ada bunyi ke ?
Ye , ada bunyi dan ada notification sebelah kanan komputer anda . Anda juga boleh setting dekat notification tu sama ada nak guna bunyi sahaja atau kedua-ii nya bunyi dan notification . 

User whatsapp yang hantar gambar , akan automatik gambar tu akn download sendiri . 

Senang je kan nak guna dekat komputer nie . Anda boleh cuba kalau nak cuba guna dekat komputer atau laptop . Sejak kejadian yang menimpa whatsapp wani semalam , wani dah serik nak guna whatsapp plus . Sekarang guna whatsapp biasa je . Dan ramai syorkan guna whatsapp biasa jee . Kejadian tu wani ada ceritakan DISINI . Boleh klik la kalau nak baca .

Sampai sini dulu entry kali nie . InshaaAllah , akan ada entry yang lain :D



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||