Pesanan Buatmu Wanita .

February 07, 2015

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Membaca kisah pelajar wanita berusia 19 tahun dikelar lehernya oleh lelaki di dalam kereta sangat menyedihkan. Takziah diucapkan kepada keluarga al-marhumah. Pelbagai versi cerita dapat dibaca. Ada yang menyatakan teman lelakinya, ada yang menyatakan dia diculik dan diganggu sejak 3 tahun lepas dan pelbagai lagi.

Apapun, sangkaan baik kita adalah pelajar wanita tersebut dianiaya oleh lelaki bukan teman lelakinya tetapi mengenalinya, lelaki zalim yang dikuasai Iblis. Berharap lelaki tersebut dijatuhkan hukuman setimpal.

Bagi wanita di luar sana, ambillah pengajaran agar :

 . TIDAK PERLU BERTEMAN LELAKI sebelum kahwin. Bertemanlah hanya dengan suami atau adik beradik terdekat sahaja.

 .  Jangan MUDAH JATUH HATI dengan ayat-ayat pujian lelaki asing.

 .  Jangan keluar dengan lelaki berduaan.

 .  Jangan bagi ruang lelaki menyangka kalian sedang menerimanya. Kelak nanti mungkin dia akan gila bayang dan mengekori kalian dimana-mana.

 . Gunakan kuasa jeritan sekuat mungkin (jangan MALU) untuk meminta tolong jika diugut keluar berduaan khususnya dengan pisau.

 . Jangan buka pintu bila dipanggil lelaki asing secara seorang diri atau suasana tidak selamat.

 . Banyakkan sedikit 'sangka buruk' apabila berurusan dengan lelaki sebagai perlindungan diri dari terleka & lalai.

 .  Jangan fikir 'tak akan la dia nak buat gitu..' apabila bersama lelaki, kerana ia mungkin meleset sama sekali.

 . Nasihat ini umum buat semua jenis lelaki termasuk yang tua, muda, pak lebai, imam masjid, ustaz, tok guru, bomoh ustaz, polis, penghantar gas, kontraktor rumah, pest control, pembaca meter dan lain-lain tentunya. Adakalanya lelaki ini berniat baik, namun suasana yang terlalu kondusif untuk kejahatan memanggil-manggil untuk mengambil kesempatan.

 . Apabila tanpa sengaja 'TERBERDUAAN' dengan lelaki bukan mahram, segera keluar dari situasi tersebut secepat mungkin.

Nasihat ini mungkin tiada kaitan secara langsung dengan kisah pelajar malang terbabit namun sekadar menasihati agar wanita MENUTUP RUANG MUSIBAH dianiaya lelaki dari berlaku.



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||


You Might Also Like

0 comments

Fanpage