Majlis Perkahwinan Syakirah dan ZariQ .

September 13, 2015

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Hai semua . Selamat tengahari , lama rasanya tak update blog nie dengan cerita-ii harian , selalunya muncul dengan giveaway , giveaway takpun segmen . Baiklah , hari nie wani akan update cerita berdasarkan tajuk di atas , iaitu Majlis Perkahwinan Syakirah dan ZariQ .

Syakirah nie kawan sekolah menengah wani , lelaki tu tak tahu tapi lelaki tu kawan kepada kawan kolj wani . Kenal macam tu je pengantin lelaki nie . Majlis akad nikah dilakukan di Masjid Jamek , Sungkai Perak . Dengan sekali lafaz , Syakirah dah sah bergelar isteri kepada ZariQ MustaQim . Alhamdulillah . Syaitan menangis-ii kerana anak muda kahwin awal .

Majlis ini hanya kecil kecilan saja , mereka pun tak jemput ramai sangat tetamu sebab majlis besar akan diadakan di Penang , bulan 8 tahun depan . Kenapa lama sangat ? Haha . Pengantin lelaki tu tidak habis pengajian lagi di Jordan , mungkin tahun depan baru pengajian pengantin lelaki nie tamat , inshaaAllah .

" Sebelum keluar rumah , sempat la sekejap snap kaki sendiri :D "

" Kita tumpang ambik berkat je , hahaha . Tapi bukanlah selepas giliran dia "
" Majlis Pembatalan Air Sembahyang "

" Kami , gegurl tukang angkat barang hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki "

" Antara kawan-ii yang datang pada Majlis Perkahwinan ini "

" Ini antara hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan "


Alhamdulillah , majlis pun berjalan dengan lancar . Kami pun beransur pulang kerana dah lewat tenghari masa tu sebab kawan-ii nak singgah Tangjung Malim lagi , takut lambat sampai rumah . Ini adalah majlis yang first time wani dengar upacara akad nikah sampai akhir . 

Lepas nie kawan lagi sorang pula duduk dekat Langkap , Perak pada 24hb Oktober 2015 .

Nie saja yang dapat wani kongsikan detik-ii perkahwinan Syakirah dan ZariQ . Semoga kekal je akhir hayat , dan perkahwinan yang dirahmati Allah dunia dan Akhirat .



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



You Might Also Like

1 comments

Fanpage