Konvokesyen Kali ke-8

November 13, 2015

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Alhamdulillah , setelah tiga (3) tahun menuntut ilmu di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah , akhirnya sudah sampai ke penghujung untuk taraf pendidikan diploma . Dalam jurusan Diploma Pengajian Islam .

Pada tanggal 05hb November 2015 , 10.00 Malam .
Wani bertolak dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh dengan menaiki train . Sampai Ipoh pukul 12.00 Malam , sampai Kuala Kangsar pukul 1.00 Pagi setelah pergi makan dengan Mr.Gomok .

06hb November 2015 .
Pada pagi jumaat , kolej mengadakan raptai untuk para graduan sehingga pukul 12.00 Tengahari . Lepas solat jumaat , keluar dengan Mr.Gomok cari songkok dengan seluar slack dia .

07hb November 2015 .
hari yang dinanti-ii kan oleh semua para graduan dari pelbagai jurusan . Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar bagi sesi pagi dan petang . Pada hari itu , kawan wani datang Kuala Kangsar . Kawan tu dari Manjung , Perak .

08hb November 2015 .
Hantar kawan balik Manjung , Perak . Pada masa yang sama , kami photoshoot dengan jubah konvo dekat Marina dan Lumut .




Lepas habis photoshoot dengan Mr.Gomok dan NJ , kami pun hantar NJ balik ke rumah dia , dan location kami seterusnya adalah pulang ke Kuala Kangsar ^^ .

09hb November 2015 .
Hari nie baru kami boleh ambik sijil diploma di Jabatan Akademik . Wani ambik sijil pukul 2.00 Petang , memandangkan tiket train pukul 4.00 Petang untuk balik Batang Kali .


Syukur Alhamdulillah  . Terima kasih kepada ibuayah dan lecture yang telah mendidik diri ini sehingga tahap ini , kawan-kawan yang memberi semangat , dorongan dan membantu dalam pelbagai perkara dan kepada diri sendiri sebab gagah dan tabah mengharungi pelbagai hidup di KUISAS selama tiga (3) tahun lamanya .



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||


You Might Also Like

1 comments

  1. Tahniah :) haritu kita konvo xsempat nak ambik gmbar kenangan, dan sekarang menyesal .. huhu .. jemput dtg rumah http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete

Fanpage