Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Monday, December 12, 2016

Kursus Tadika .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , baru berkesempatan nak update blog nie . Niat nak update tu dari bulan 11 lagi . sekarang dah masuk bulan 12 tertangguh . Nie bukan sikap yang baik yee , hehe .

Bulan 11 bebaru nie , wani dan seorang kakak , kawan sekerja (Kak Fiza) telah dihantar oleh pengusaha untuk mengikuti kursus pendidikan awal kanak-ii . Tempat kursus tersebut di Genting Highland . Kursus nie mengabungkan jabatan Kemas , Perwani , Swasta , Prasekolah , Perpaduan , dan PERMATA .

 Hari Pertama ( 18hb November 2016 )



Kami kene berkumpul dekat kawasan bundle , kawasan tu macam stesen bas jugak laa . Wani ingatkan empat (4) orang je sebab pengusaha kata empat (4) je akan tunggu bersama nanti . Rupanyaa , huuu ramai , dari serendah pun ada . Dekat sini terjumpa kawan sek rendah dan menengah , mereka kerja bawah tadika yang sama . Lama juga la tunggu bas sebab dalam tentatif program pukul 2 lebih sampai tapi bas sampai 3.30 petang , rupanya ada masalah pada bas .

Tengah tunggu bas



Lepas bas sampai kami pun bertolak ke Genting Highland . Dalam pukul 4.15 atau 4.30 petang baru sampai tempat kursus . Turun bas , check nama dan tadika kemudian ambik tshirt yang dikhaskan dan last check point untuk ambil no kunci bilik memasing . Ingatkan bilik kongsi , macam asrama rupanya bilik sorang satu  hanya share tandas dan bilik air je dengan jiran bilik . Seronok kan bilik sorang satu ? Hehehe . Al kisah , no bilik wani belakang , hujung blok tapi ada kawan bagi kunci bilik dia sebab dia takut tidur seorang , jadi dia share bilik dengan kawan dia . Bilik kami bersebelahan saja .




Dalam bilik tu tersedia katil , selimut , bantal , singki , televisyen , sejadah , penyidai tuala dan papan seterika . Jadi jangan risau sekiranya anda ada kursus disini memang ada tempat untuk seterika baju-ii anda . Lepas kemas beg apa semua , kami pun turun untuk hidangan makanan petang di dewan makan yang disediakan 


Lepas makan , ada ucapan sikit dari urusetia program , untuk program hari tu dan menyebutkan beberapa perkara . Selepas habis ucapan urusetia , mereka pun mengadakan aktiviti riadah . Dalam imaginasi , riadah dekat padang , rupanya dalam dewan makan tu ja . Lepas riadah , kami pun ke bilik untuk solat dan bersiap diri untuk aktiviti malam . 

Aktiviti malam perasmian program Early Childhood Education Conference dari Timbalan Menteri Pendidikan , P.Kamalanathan . Aktiviti diadakan di bangunan pentadbiran , dari aktiviti tersebut dapat tahu  kumpulan mana , siapa ahli kumpulan dan sebagainya . Wani berpisah dengan kak fiza , dia kumpulan lain . Selepas pengucapan perasmian , ada perbentangan dan ucapan dari PERMATA dan Ketua Prasekolah . 

Habis perasmian dan ucapan , kami pun menjamah makan malam , supper dan pulang ke bilik . Oh yaa ! dari bilik nak ke dewan auditorium tu ada tangga yang terlalu panjang . Dengar cerita ada 114 tangga . Bila terfikir kesian makcik-ii yang tua terpaksa naik dan turun tangga tu , dahlah malam ada 2 lampu je dekat tangga tu . Bagi wani tak patut betul .

Gambar tangga waktu siang , atas tu pun ada lagi tangga

 Hari Kedua (19hb November 2016)

Pagi subuh , berjemaah dekat surau dan lepas subuh ada tazkirah . Sampai pukul 7 nak ke 8 pagi cam tu . Lepas habis tazkirah , kami balik ke bilik bersiap diri untuk sarapan dan aktiviti pada hari tersebut . Aktiviti dekat bangunan pentadbiran , kena naik tangga yang sama . 

Huu , memang lenguh kaki dibuatnya nasib kursus dua (2) hari satu (1) malam ja . Yang ada kereta , senang boleh naik kereta ja tak yah berlenguh kaki . Siapa bakal ada kursus disini wani nasihatkan kalau ada kereta , bawalah kereta .

Aktiviti pada hari tu perbincangan dalam kumpulan LDK . Berbincangan mengenai kanak kanak . Dari segi enam (6) tunjang , moto halus dan kasar dan sebagainya . Setelah berbincang , kena gabung dengan satu kumpulan lain dan melalukan sketsa untuk dipersembahkan dalam auditorium nanti . 



Hasil perbincangan dan sketsa habis pukul 1.30 tengahari . Turun tangga dan ke dewan makan untuk makanan tengahari . Habis makan , ke bilik solat zohor dan perkemaskan beg untuk pulang .

Dalam pukul 3.00 petang gerak ke auditorium untuk persembahan sketsa dan majlis penutupan program Early Childhood Education Conference .


 Persembahan dari kumpulan-ii 


Habis ke persembahan kumpulan . Tibalah majlis penutupan dari isteri Timbalan Menteri Pendidikan dan Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat .

Pengucapan dari isteri Timbalan Menteri Pendidikan

Ucapan penutupan dari Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat


Habis pengucapan , diadakan aktiviti penyampaian hamper dan sesi bergambar beramai-ii . Habis semua aktiviti dalam auditorium , kami pun bergerak keluar dari auditorium . Masa turun tangga tu dah nampak bas sedang menunggu . Kami terus ke bilik , serahkan kunci dan naik bas untuk pulangg image .

Sekian , aktiviti pada kursus tersebut . Mohon maaf atas salah dan silap . Baik itu datang dari Allah , buruk itu datang dari kelemahan diri sendiri . InshaaAllah , ada masa terluang akan menaip lagi , maaf atas kekurangan post kali ini (:


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||



Friday, November 04, 2016

Jualan Buku

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for books tumblr

Alhamdulillah . Masih berkesempatan untuk update blog kesayangan nie . Dah lama tinggal . nie pun pakai wifi sekolah , hoho .

Sedia maklum , mungkin ada yang tahu dan tak , wani ada buat jualan buku secara online . Allah , bukan nak kata apa , hari-ii fikir macm mana nak tingkatkan sale jualan buku nie . Kalau dengan cara menghadap laptop then setiap jam update buku tak terbuat rasanya dengan ada pendapatan tetap ini , kekadang ada fikir gak , nak je duduk depan laptop seharian , masa kerja macm office dan update buku saja tapi pendapatan tak sebanyak kerja tetap ini .

Bila kerja bawah orang nie , kita kena ikut arahan boss tak boleh memandai nak bagi freegift , postage free dan sebagainyaa . Melainkan atas arahan boss tersebut tapi sepanjang wani buat side income nie , diskaun akan diberikan atas arahan boss .

Banyak juga join group dan bertanya-ii tentang jualan mereka . Kebanyakkannya suri rumah dan student , memang banyak masa nak buat jualan online , update hari-ii , setiap masa dan dapat pula orang atasan yang sering bagi manfaat kepada customer mereka .

Ottoke ? Macam mana nak belajar tingkatkan sale jualan buku nie melalui online ? Wani tengok antara yang terkenal dengan jualan buku online Sahabat At-Taqwa , Sahabat E-Nur dan sebagainya . Bila buka insta mereka , wahh daebak ! Beribu follower , komen dan likes . Diaorang keluarkan duit ke haa untuk beli followers dan likes facebook ?  Hahaha . Kekadang sampai fikir macam tu . Tapi takkan wani nak minta duit dekat boss pula sedangkan dia dah ada kedai sendiri  .

Setakat nie jualan buku wani dalam sebulan adalah customer sorang atau dua orang , haha . Sedih kan ? :') Hehe cuma fikir takpela , pelan pelan . Allah akan bagi setakat mana usaha dan kemampuan kita . Mudah mudahan InshaaAllah , mana tahu satu hari nanti wani boleh bukak kedai buku dan stationery sendiri . Aamiin (:

Alang-ii dah baca , jom lawat laman web Dunia Iman Bookstore (:

Facebook : https://www.facebook.com/duniaimanbookstore/Instagram : https://instagram.com/duniaiman_bookstore/Twitter : https://twitter.com/duniaimanTelegram : https://telegram.me/duniaiman_bookstoreWebsite : http://duniaiman.com/

Dunia Iman Bookstore menjual buku dari pelbagai penerbit , buku agam dan buku latest , CD agama juga ada jual seperti bacaan Al-Quran , nasyid , doa kanak kanak . Semua ada . Buku prasekolah dari umur 4 - 6 tahun pun sedia dalam jualan kami .

Boleh recommend kepada rakan-ii , sanak saudara anda jualan buku online wani nie . InshaaAllah , cuba cari buku pilihan customer .

Sampai sini jaga post wani . Ada peluang wani akan menaip lagi . Kena jaga budak transit , hehe . Maaf sekiranya ada salah dan kekurangan atas post kali ini .




|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||





Sunday, September 18, 2016

Nak buka pusat tuisyen .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for tumblr islamic quotes

Alhamdulillah , hari ini berkesempatan untuk update blog setelah sekian lama tidak menaip . Sebenarnya banyak sangat perkara yang ingin dikongsikan tapi sering tak berkesempatan . Bila banyak sangat nak dikongsikan ini adalah salah satu yang ingin wani kongsikan dalam blog ini .

Rata rata ramai tak blogger yang bukak kelas tuisyen ? Niat dihati teringin nak buat kelas tuisyen agama untuk pelajar pelajar tahun 1 -6 . Nie hanya plan bila nak jadi kenyataan pun tak pasti .

Wani nak sangat bukak kelas tuisyen agama untuk subjek sekolah agama . Mengajar tajwid , feQah , sirah dan sebagainyaa . Bila kutip dari pengalaman kengkawan macam " wahhhh ! seronoknyaa ".

Okeyy , faktor kelas untuk permulaan nak buat dekat rumah dahulu , kalau sambutan mengalakkan baru nak buat dekat rumah kedai atau rumah sewa . Tapi strategi rumah wani jauh dari kawasan perumahan yang wani ngajar sekarang .

Bab modal pun kena fikir juga , nak beli whiteboard , meja dan kerusi belajar , keselesaan kelas tuisyen dan sebagainya , bab modal nie adalah sikit untuk permulaan .

Banyak perkara fikir bila nak bukak kelas tuisyen nie takut jadual yang wani buat bertembung dengan kelas tuisyen akademik mereka . Lagipun wani baru lagi dekat kawasan perumahan ini sebab baru sahaja berpindah . Yang wani mengajar sekarang nie kawasan perumahan lama wani , jadi nak dapat sambutan dari sini mungkin tipis .

Bak kata ibu 
" Bila plan paling kurang setahun untuk rancang betul-ii . Lagipun kawasan perumahan nie kita tak kenal siapa siapa lagi , anak mereka macm mana , keluarganya dan sebagainya "
Betul juga kata ibu wani tu , kalau ajak pelajar wani sekarang , ada yang nak tapi parents tak bagi sebab rumah wani jauh .

Macam mana nak mulakan kelas tuisyen nie ??  Macam macam masalah fikir . Mungkin ada cadangan atau semangat rakan blogger , boleh komen dibawah . Oh yaa ! Ada kawan kata , kalau nak bukak kelas tuisyen kena buat lesen ? Ye ke ? Tapi ada kawan kata pula , kalau buat dekat rumah tak yah buat lesen pun takpe melainkan kita nak buat permis macam ruamh kedai , baru bluat lesen . Mana satu boleh percaya ? image .

Rupanya banyak perkara kita kena fikir bila nak mulakan sesuatu bisnes atau perniagaan . Doakan rancangan wani nie berhasil , tak kisah cepat atau lambat , kalau yakin , usaha dan tak putus asa serta dapat sokongan dari orang sekeliling . InshaaAllah . Aamiin .

Setakat sini dulu entry wani . InshaaAllah , ada masa . Akan diupdate lagi . Harap tidak jemu dan boleh beri cadangan atau pendapat .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||



Sunday, June 12, 2016

Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Klik Banner Untuk Join


Tarikh Tamat : 18hb Jun 2016



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||



Thursday, June 09, 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengetahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancarkan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz


Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz



|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||


Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Klik Banner Untuk Join


** 20 Orang yang bertuah **

Tarikh Tamat : 26hb Jun 2016


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||


Tuesday, June 07, 2016

Tutorial : Double Dashed apabila Cursor Menyentuh Link .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Alhamdulillah , dah dua (2) hari kita berpuasa dan menyambut bulan ramadan . Semoga bulan ini kita akan banyak membuat amal jariah dan meraih pahala yang banyak . InshaaAllah , aamiin .

Baik , dah lama rasanya wani tak buat tutorial dekat blog ini . Kekangan masa membuat wani kurang sikit update blog , lagipun agak sibuk update buku baru di Dunia Iman Bookstore . Sesiapa yang berminat membaca dan membeli buku boleh ke website kami  .

Hari ini wani nak buat tutorial mengenai double dashed di link bila cursor menyentuh . Walaupun ada yang tahu , wani harap ia dapat membantu bagi yang tidak tahu image .

Okeyy , kita mulakan (:


Tutorial ini nampak menarik pada blog anda .

Sebelum

Selepas

Nampakkan perbezaannya . Mari kita mulakan ! 

 . Dashboard > Template > Edit HTML .

 . Tekan Ctrl + F  , cari code
a:hover 

 . Dah jumpa ? Baik , copy code dibawah dan pastekan di bawah code yang anda jumpa tadi .
border-top: 2px dashed #ff8fc1;
border-bottom: 2px dashed #ff8fc1;

 . Dah paste ? Ia akan jadi begini .
a:hover
border-top: 2px dashed #ff8fc1;
border-bottom: 2px dashed #ff8fc1;

|| Nota Warna ||Ungu : Garisan Double , boleh tukar kepada dashed , solid , atau dotted .
Coklat : Warna garisan . Untuk kod warna boleh ke SINI .

 . Baik , selesai . Sekiranya menjadi Alhamdulillah  .


Terima kasih . Fi Rahmatillah (:


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||