Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Sunday, June 05, 2016

Reminder Ramadan .

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Niat Puasa



Syarat Wajib Puasa

 Islam
 Baligh
 Berakal

 Sihat
 Bermukim (Tidak Musafir)
 Suci (Dari Haid Dan Nifas)



Syarat Sah Puasa

 Islam
 Berakal & Mumayyiz
  Suci (Dari Haid Dan Nifas)
  Nyata masuknya bulan Ramadhan .



Rukun-Rukun Puasa

 Orang Yang Puasa
 Berniat
 Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa



Perkara Yang Membatalkan Puasa

 Makan Dan Minum Dengan Sengaja
 Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
 Muntah Dengan Sengaja
 Keluar Haid & Nifas
 Gila
 Murtad
 Keluar Mani Dengan Dengaja
 Bersetubuh Di Siang Hari


Perkara Sunat Ketika Puasa

 Segera Berbuka Puasa
 Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
 Baca Doa
 Melambatkan Bersahur
 Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
 Sentiasa Bersedekah .
 Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat .
 Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh .


Makruh Ketika Puasa

 Bersuntik
 Berbekam
 Berkumur-Kumur
 Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
 Mandi Yang Berlebihan .
 Rasa Makanan Di Hujung Lidah .


Golongan Yang Wajib Qada' Puasa

 Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
 Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
 Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
 Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
 Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
 Orang Yang Pitam/Mabuk 
 Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga


Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa

 Mereka Yang Tidak Dapat Mengqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua .
(Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal.
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan).

 Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh.

 Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

 Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian
(Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)

 Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya .
Mereka Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan. Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya.

Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :

 Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
 Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus 
(Kalau Tidak Berdaya)
 Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin

Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat .


Tingkatan Puasa

 Puasa Umum
Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak .

 Puasa Khusus
Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas .

 Puasa Khusus Al-Khusus
Merangkumi Puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin .


Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa

 Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan .
 Keuzuran .
 Orang Musafir .
 Orang Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah .
 Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga .
 Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu .


|| Pesanan Ramadan ||: Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita.
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah.
InshaAllah .

Salam Ramadan ,
SyazwaniZunidan .
05 Jun 2016 ( 1.58 PM )

|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||


2 comments: