Home Owner TutoriaL Lirik Lagu Dunia Iman Bookstore

Followers

Sunday, January 01, 2017

Kisah Baru 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Image result for happy new year 2017


Alhamdulillah , Allah beri untuk bernafas merasai tahun baru 2017 . Selamat tahun baru diucapkan kepada pembaca blog ini , rakan-ii dan yang mengenali diri ini .

Selamat tinggal 2016 , banyak kenangan manis dan pahitnya . Kenangan yang manis , inshaaAllah akan diingati dan dikenang . Kenangan yang pahit , wani akan jadikan pengajaran , dan kesedihan yang dirasai akan dipadam pelan-ii .

Dalam 2016 , terasa banyak pahit daripada manis  . Semoga tahun nie banyak manis daripada pahit dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik (:

Setiap kali tiba tahun baru mesti memasing ada azam dan semangat tersendirinya . Wani doakan azam korang akan tercapai dengan baik dan mudah dilakukan .

Tahun 2017 . Umur pun meningkat dah , 23 tahun image InshaaAllah , kerja tempat yang sama , rumah yang sama , bekerja dengan orang yang sama , hadap mulut yang sama , haha . Banyakkan saving daripada boros seperti tahun lepas walaupn dah capai target . Cumanya tahun nie nak target lebih sikit , inshaaAllah , ada perancangan yang lebih baik , semoga Allah permudahkan . Dan tingkatkan amal ibadah untuk bekalan ke akhirat serta melahirkan wani yang pandai masak image .

Semoga tahun tahun sebelum nie ada pengajaran dan tahun ini akan jadi lebih baik daripada tahun lepas . Oh ! tahun lepas (2016) , ramai kawan wani kahwin dan melahirkan anak . Alhamdulillah , tahniah . Semoga menjadi isteri & ibu yang mithali buat anak dan suami  .


|| Nota Hati ||Selamat Hari Lahir buat ibu 

Semoga ibu panjang umur , murah rezeki , dikurniakan kesabaran dan kesihatan yang berpanjangan untuk mengharungi hidup didunia dan mendoakan kami adik beradik . Ibu adalah segalanya buat kami dan buat ayah . Semoga ibu dirahmati Allah dunia dan akhirat :)


Sekian untuk pembukaan lembaran baru tahun 2017 . Semoga semua dalam lindungan Allah . Ada peluang ruang dan masa , inshaaAllah akan menulis lagi post akan datang . Maaf sekiranya ada kekurangan dan kesalahan pada post ini .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'   ||




1 comment:

  1. selamat tahun baru sis... semoga tahun baru ini penuh dgn kecermerlangan hidup :)

    ReplyDelete