Majlis Pertunangan Farah dan Azmi .

July 09, 2017

|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Image result for hand bouquet


Alhamdulillah , Allah permudahkan . Semalam ( 08/07/2017 ) berlangsung majlis pertunangan farah dan azmi . Majlis yang simple tapi meriah dengan kehadiran sanak saudara dan kawan kawan keluarga farah .

Farah nie kawan sekolah rendah wani , waktu kecik kecik dulu mungkin tak berapa rapat , sebab kelas lain lain . Kami mula rapat masa wani satu tempat kerja dengan dia , baru lepas SPM .

Pejam celik pejam celik , dah jadi tunang orang . Dulu , dia la insan yang selalu cakap nanti kahwin lambat , jodoh tak nampak bayang , tak ada orang nak kat dia . Perancangan Allah itu indah , cuma kita tak tahu . Bersyukur , Allah dah buka hati seseorang untuk menerima dia seadanya .

Siapa sangka tunang Farah tu , kawan masa zaman childhood dulu kan ? 😊

Majlis pertunangan Farah fully semua hasil tangan dia , gubahan hantaran pun dia gubah sendiri . Orang kata majlis pertunangan nie biar berserdehana . Dalam islam , tak digalakkan membazir . Lagipun gubah sendiri ini bagus , ia akan rasa dan nampak usaha tu . Ada kelebihan Allah bagi , iaitu kreativiti 😉

Okeyy , nak belanja sikit gambar majlis pertunangan farah 😍

Hui , mesti berdebarkan ? Tipu la tak rasa apa apa , hehe .


Tersenyum indah mak Farah , bakal menerima menantu :)
Hantaran dua dua belah pihak

Farah dan Azmi

Setiap majlis , mesti akan dihadiri oleh rakan rakan right ? Yaa ! macam tu la kitaorang yang tak tertinggal nak bergambar dengan cik comel meletopsss nie 👰
Ambik berkat sikit 😁




Semoga segalanya dipermudahkan Allah , dan Allah pelihara hubungan pertunangan ini hingga ke hari bahagia . Aamiin 😊




Pesan for bride to be farah :-

Tahniah , farah 🎉 Semoga terus kuat dan tabah dalam segala dugaan , tempoh pertunangan ini la masa untuk kenal pasangan each other . Segala perselisihan boleh dibawa bincang , kejujuran kepercayaan , dan kesetiaan itu penting 😊 . Dalam tempoh pertunangan juga akan ada datang rezeki yang tak kita sangka , mudah mudahan . Semoga Allah permudahkan semua dan mohon kepada Allah dalam semua pekara . Nak kahwin dah kawan aku yang sorang nie 😂

Cerita pertunangan orang dah publish siap . Cerita pertunangan diri sendiri ? Ermmm , sampai masa akan muncul juga , mungkin masa tu dah kahwin , hehe . InshaaAllah .

Mohon maaf sekiranya ada kekurangan atau terkasar bahasa pada post kali ini :)




|| Terima Kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa' ||


You Might Also Like

3 comments

  1. tahniah untuk kawan.. selamat bertunang da =D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah berjalan lancar..betul tu majlis pertunangan buat sederhana je..lebih afdal
    JanjiKita

    ReplyDelete

Fanpage